BERLIN – Bekas
diktator Jerman, Adolf Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di
sebuah kubu bawah tanah di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman
dalam Perang Dunia Kedua.
Namun, seorang
penulis, Simoni Renee Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil
mengejutkan banyak pihak apabila dia mendakwa bekas diktator itu
meninggal dunia pada tahun 1984 selepas hidup dalam penyamaran di sebuah
bandar kecil dekat sempadan Brazil dengan Bolivia.
Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.
Penulis
berkenaan mengemukakan sekeping gambar gambar menunjukkan Hitler bersama
seorang wanita kulit hitam untuk membuktikan dakwaannya.
Melalui
bukunya, Dias mencabar pendapat ramai ahli sejarah yang percaya Hitler
menembak dirinya di kubu bawah tanah berkenaan pada 20 April 1945.
Pengarang
tersebut sebaliknya memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan
diri ke Argentina dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato
Grosso, Brazil.
Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.
Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.
Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.
Dias merancang
untuk menjalankan ujian DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler
yang tinggal di Israel setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur
Adolf Hitler yang didakwa ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi
membuktikan dakwaannya. – Agensi