Apakah jenis selaput dara sekiranya seorang perempuan itu didatangi haid tetapi tidak memiliki lubang pada selaput daranya?
Bagaimanakah penyelesaian yang akan diambil sekiranya perempuan terbabit hendak berkahwin? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan.
Lia,
Selangor
Keadaan selaput dara tiada lubang dinamakan ‘imperforate hymen’. Ini lazimnya dikesan awal iaitu pada bulan pertama atau beberapa bulan awal gadis didatangi haid.
Dengan pengumpulan darah haid di dalam faraj, ini menimbulkan kesakitan dan bengkak pada kawasan kemaluan dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk membuka selaput dara itu. Jika tidak, ia boleh menyebabkan penyakit lain akibat tumpahan darah haid melalui tiub fallopio ke dalam ruang pelvis.
Wanita yang didatangi haid semestinya sudahpun mempunyai bukaan pada selaput daranya.
Namun, selaput dara boleh mempunyai kelainan dari segi sifat atau bentuk fizikal dan ini mungkin menyukarkan hubungan seks penetratif. Hal ini dapat dipastikan melalui pemeriksaan doktor pakar sakit puan. SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Selaputdarataknormal/Article/index_html