Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan
guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis
instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab
yang datang bersamanya.
Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga
sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan,
berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.
Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia
kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka
bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang
pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.
Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari
segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi
pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri,
ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.
Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang
berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah
bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.
Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi
mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang,
misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat
kerosakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada
akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah
hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman
begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.”
Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana
wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak
berminat lagi untuk berjuang?”
Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah
tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah
kepada kemungkaran.”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan
berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari
itu.’
Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada
pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang
buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”
Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku
keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah,
“apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin
berlaku, ya Rasulullah begini?
Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam
sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya
ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan
boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.
Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum.
Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah
agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk
memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah
berkredibiliti.
Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki
tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah
panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang
mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah
Syariah.
Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah.
Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah
sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. - Sinar
sumber : http://www.utaranews.com/2012/06/teguran-pedas-ustazah-mashitah-kepada.html
Arkib Blog
-
▼
2012
(700)
-
▼
September
(45)
- UstazAzharIdrus Kanntoi Fitnah RM15K
- Teguran 'pedas' Ustazah Mashitah kepada Ustaz Azha...
- Beras Tiruan..biar betul??
- Jom tengok Windows Dulu Higga Kini
- Windows 8
- BUDAK TUJUH TAHUN BERZ1NA
- Jangan beritahu suami saya’ rayu wanita dicekup de...
- Bajet 2013
- Bertudung Tapi Sekksi -Video
- Keluar Angin Dari Faraj/ kentot faraj
- Video Kemalangan ngeri 10 kenderaan Ayer Keroh, Me...
- Info Ustaz Fathul Bari Mat jahaya
- Biodata Ustaz Budak
- Cara Mudah Pakai Tudung Bawal
- Video - Meriam Tin vs Tong vs buluh vs paip vs Tan...
- Senarai Homestay Murah Di Pendang Kedah
- Homestay Murah di Kubang Pasu Kedah
- Senarai Homestay di Kulim Hi-Tech Park
- free Yahoo! Messenger 11.5.0.228 - Offline Installer
- ayam goreng kremes utuh - Indonesia Food
- Buah Loofah Yang Mirip Payudara Wanita
- Kord Gitar Teman Pengganti - Black & Malique
- Kord Gitar mudah - Maher Zain - Barak Allahu Lakuma
- Anjing Tertinggi di Dunia
- Seram Sejuk
- Perkampungan ICT Pantai Sri 7 Tumpat Kelantan
- Kord Gitar Mudah - Maher Zain - For The Rest Of M...
- Kalendar Kuda 2012 - Free Dload
- Perbezaan Versi Windows 7 (Starter/HomeBasic/HomeP...
- Kenali Ikan Kelah
- Kord Gitar Hafiz-Muara Hati (OST Adam Dan Hawa
- Bomoh ditahan ketika cuba lakukan sek$ ke atas pes...
- Tepung pon ada yang pondan
- Kord Gitar Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah
- Senarai Khidmat Urutan Batin Tradisional
- Org Malaysia Cucuk Besi Di Mulut - Video
- Kak Riza Pakar Urut Batin Lelaki- Biar Betul??
- Urutan Tradisional Tanduk Seladang
- Najwa Latif ft. Syam Kamarul & Sleeq - Sahabat
- kord gitar lagu melayu
- Kord Gitar Farique Nadzir - Hanya aku cinta kau se...
- Kord Gitar Kosong - najwa latif
- Bob Selalu Mimpi Basah Pelik
- Berhati-Hati Dengan Jeli Pengebas Kemaluan
- Kimi Gusar Tunang Kurang Mantap
-
▼
September
(45)