18 September 2012
Bomoh ditahan ketika cuba lakukan sek$ ke atas pesakit
SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ''nikah batin'' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.
sumber : http://my.news.yahoo.com/pengamal-perubatan-islam-ditahan-ketika-cuba-lakukan-seks-111603080.html
Arkib Blog
-
▼
2012
(700)
-
▼
September
(45)
- UstazAzharIdrus Kanntoi Fitnah RM15K
- Teguran 'pedas' Ustazah Mashitah kepada Ustaz Azha...
- Beras Tiruan..biar betul??
- Jom tengok Windows Dulu Higga Kini
- Windows 8
- BUDAK TUJUH TAHUN BERZ1NA
- Jangan beritahu suami saya’ rayu wanita dicekup de...
- Bajet 2013
- Bertudung Tapi Sekksi -Video
- Keluar Angin Dari Faraj/ kentot faraj
- Video Kemalangan ngeri 10 kenderaan Ayer Keroh, Me...
- Info Ustaz Fathul Bari Mat jahaya
- Biodata Ustaz Budak
- Cara Mudah Pakai Tudung Bawal
- Video - Meriam Tin vs Tong vs buluh vs paip vs Tan...
- Senarai Homestay Murah Di Pendang Kedah
- Homestay Murah di Kubang Pasu Kedah
- Senarai Homestay di Kulim Hi-Tech Park
- free Yahoo! Messenger 11.5.0.228 - Offline Installer
- ayam goreng kremes utuh - Indonesia Food
- Buah Loofah Yang Mirip Payudara Wanita
- Kord Gitar Teman Pengganti - Black & Malique
- Kord Gitar mudah - Maher Zain - Barak Allahu Lakuma
- Anjing Tertinggi di Dunia
- Seram Sejuk
- Perkampungan ICT Pantai Sri 7 Tumpat Kelantan
- Kord Gitar Mudah - Maher Zain - For The Rest Of M...
- Kalendar Kuda 2012 - Free Dload
- Perbezaan Versi Windows 7 (Starter/HomeBasic/HomeP...
- Kenali Ikan Kelah
- Kord Gitar Hafiz-Muara Hati (OST Adam Dan Hawa
- Bomoh ditahan ketika cuba lakukan sek$ ke atas pes...
- Tepung pon ada yang pondan
- Kord Gitar Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah
- Senarai Khidmat Urutan Batin Tradisional
- Org Malaysia Cucuk Besi Di Mulut - Video
- Kak Riza Pakar Urut Batin Lelaki- Biar Betul??
- Urutan Tradisional Tanduk Seladang
- Najwa Latif ft. Syam Kamarul & Sleeq - Sahabat
- kord gitar lagu melayu
- Kord Gitar Farique Nadzir - Hanya aku cinta kau se...
- Kord Gitar Kosong - najwa latif
- Bob Selalu Mimpi Basah Pelik
- Berhati-Hati Dengan Jeli Pengebas Kemaluan
- Kimi Gusar Tunang Kurang Mantap
-
▼
September
(45)