D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Disember 2011

Cara Masak Gulai lemak Pisang


Gulai Lemak Pisang Muda


Bebahan

1 biji kelapa

6 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci persegi belacan (yang hitam tu bagus)

1 batang serai

½ helai daun kunyit.

½ genggam ikan bilis

2 biji buah keras (ditumbuk lumat)

cili padi (ikut pedas sendiri)

2 batang cili hijau.

garam secukupnya.

½-1 inci kunyit hidup.

1 keping asam keping.

pisang muda (dibuang kulit ari) potong ikut suka.

cecara..

1. kelapa ambil santan agak secawan (pekat). Perahan kelapa kedua dalam tiga cawan air. Kalau kurang boleh tambah lagi sikit.

2. bawang, b. putih, cili api, kunyit, garam di tumbuk.

3. Panaskan 3 cawan santan tadi dalam periuk dan masukkan bahan (2).

4. Belacan ramas dengan air dan masukkan dalam (3).

5. serai dan daun kunyit masukkan setelah kuah mendidih sedikit.

6. masukkan ikan bilis, pisang dan asam keping, kacau jangan biarkan kuah beku. masukkan cili hijau bulat bulat.

7. bila pisang 1/2 masak, masukkan santan pekat, monitor rasa garam selalu, dan jangan biarkan kuah beku, kacau selalu. masukkan buah keras tumbuk.

8. bila pisang sudah masak, angkat, dan hidangkan.

makan bertambak menyelera dengan ulam daun selon, dan sambal belacan.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog