Pelakon  komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan  kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak  mengalami sebarang kecederaan.
Perkara  tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki. Kata Marina, insiden  yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan  kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.