SAYA berumur 32 tahun dan belum berkahwin. Masalahnya, muka saya naik bulu roma seperti misai dan janggut. Saya terpaksa mencukur selang empat hingga lima hari.
 Masalah ini wujud sejak saya berumur 13 tahun dan kini saya akan berkahwin, saya malu untuk berdepan dengan bakal suami saya.
 Apakah yang boleh saya lakukan untuk melambatkan atau mengelakkan  pertumbuhan bulu roma di muka? Adakah sebarang krim atau ubat untuk  tujuan ini? Saya berharap doktor dapat memberi nasihat.
RASAN S,
Kuala Lumpur. 
ANDA dinasihatkan berjumpa sama ada pakar sakit puan ataupun pakar  perubatan endokrin bagi menyiasat apakah masalah ini kerana terdapat  beberapa penyebab yang berbeza.
Berlebihan bulu roma pada kawasan atau taburan kelelakian dikaitkan  dengan berlebihan hormon kelelakian (androgen) di dalam tubuh. Untuk  makluman anda, terdapat penyebab yang turut memberi kesan kepada kitaran  haid dan kesuburan.
Terdapat juga penyebab yang perlu segera dirawat menggunakan pembedahan.
Selain itu, terdapat rawatan ubatan untuk mengurangkan kadar  pertumbuhan bulu roma namun sementara itu, seseorang lazimnya  dinasihatkan menggunakan kaedah mekanikal (seperti yang anda lakukan  iaitu mencabut atau mencukur) kerana kesan awalnya mengambil masa  beberapa bulan
petikan dari mymetro