SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?
  Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang  sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh  minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya  nyatakan tadi. Terima kasih.
ZAIMI, Kajang
Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan  penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki  kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan  sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan  mereka dan pasangan.
Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga  hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda  percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.
 Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu  perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan  stamina yang  mantap.
 Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh  supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal  ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.
 Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya  aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang  kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika  bersetubuh. 
 Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai  bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk  dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi  bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. 
 Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang  kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat  klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal  daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit  dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi. 
 Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda  kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi  berlaku. 
 Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan  penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan  mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.
 Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan  cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan,  sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan  isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’. 
 Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara  langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung  zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local  anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.
Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen.  Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk  digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada  doktor.
teks dari mymetro