D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 April 2010

USM cipta pengesan daging babi

PULAU PINANG 1 April - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging babi.

Menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Profesor Azhar Mat Easa yang mengetuai kumpulan penyelidik itu berkata, proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi.

Menurut beliau, seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji.

"Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya.

"Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi" katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Azhar memberitahu, melalui ujian yang memakan masa tidak sampai dua jam itu, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.

Katanya, sebenarnya terdapat peralatan sofistikated lain di pasaran yang boleh membuat uji kaji yang sama tetapi harganya tinggi hingga mencecah RM300,000.

"Harga tinggi mungkin membebankan pengusaha industri kecil dan sederhana khususnya yang terlibat dengan pemprosesan daging halal.

"Berbeza dengan produk kami, kos gula ribose ini adalah RM15 bagi empat gram manakala spectrophometer berharga serendah RM10,000," ujarnya.

Katanya, hasil penyelidikan tersebut dibiayai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memperuntukkan geran berjumlah RM190,000.

"Produk ini memenangi pingat perak pada Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini," jelasnya.

Jelas Azhar, idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus berdasarkan satu kes pada 2007 apabila produk daging babi dari Australia yang dilabel halal didapati dijual di pasaran.

"Satu lagi kes yang serupa pernah berlaku di Singapura tidak lama dulu," katanya.


petikan : utusan online

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog