D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

11 April 2010

BPR Malaysia






Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department (Special Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Manakala itu, pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Memandangkan usaha-usaha pembanterasan rasuah tersebut dilaksanakan secara terasing oleh agensi yang berlainan, Kerajaan telah bersetuju menggabungkannya di bawah satu bumbung dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.


Pada 29 Ogos 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat kes-kes rasuah bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah SPRM ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat.
Suruhanjaya ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 2009 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2009 di mana kelima-lima mekanisme yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran juga telah terbentuk secara rasmi.


sumber bahan : sprm.gov

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog