D

Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

21 Mac 2015

JIMAK KETIKA HAID

SEKS KETIKA HAID


BOLEHKAH melakukan hubungan seksual ketika haid?
Bolehkah seseorang itu hamil jika melakukan hubungan seks ketika haid?
Meskipun ramai yang menyatakan ya tetapi agama Islam menegaskan hubungan suami isteri ketika haid adalah perlakuan yang bukan saja haram tetapi dianggap jijik.

Dari sudut kesihatan, hubungan seksual ketika haid memberi pelbagai kesan buruk kepada individu.
Ia tidak terhad kepada isteri tetapi juga suami. Ini kerana golongan yang aktif seks seperti pelacur memiliki potensi yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan kerana melakukan hubungan seks ketika haid.
Perunding Sakit Puan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fairuz AshikinAbdul Kadir, berkata darah haid mengandungi monotoksid dan jika diimbas budaya pelbagai bangsa, apabila perempuan didatangi haid, dia biasanya diasingkan BACA LAGI

20 Mac 2015

PERKARA DAN PANTANG LARANG YG BOLEH MELEMAHKAN SEKSUAL LELAKI

Petua, Tips & Pantang Larang Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi bersulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima’ di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Berbeza pula halnya bagi ilmu perubatan India,lelaki dipercayai mudah mengalami masalah tenaga batin jika banyak memakan daging,bawang,makanan yang masam seperti jeruk,buah-buahan yang masak terlalu ranum,dan mengambil alkohol serta tembakau.

Ilmu perubatan mengikut cara Islam pula menekankan supaya jangan makan berlebihan,kurangkan makan daging ayam jantan serta terung merah/ungu untuk mengatasi gangguan atau lemah syahwat.Seperti yang biasa disebut,lelaki juga dinasihatkan jangan makan bersulamkan air.


Untuk memastikan kelakian anda terus mantap,walau usia semakin ke penghujung,anda digalakkan:


belajar mengawal teknik pernafasan.Jauhi cara pernafasan yang dangkal iaitu menarik nafas sedikit sahaja lalu menghembusnya. Praktikkan cara pernafasan yang betul,dalam,bersistematik dan tenang sahaja.

kunyah makanan secara perlahan atau teratur untuk memudahkan proses penghadaman.Ini ada kaitannya dengan stamina seksual anda.

Elakkan makan makanan berlendir atau kurang masak.

pastikan pembuangan air kecil dan air besar berjalan sempurna. Jangan biasakan diri menahan kencing kerana ini ada kaitannya dengan kesihatan alat reproduktif anda.

buang air kecil di tempat sepatutnya. Jangan sesekali buang air kecil ketika berada di dalam air atau di atas tanah lapang.

banyakkan minum air suam.Seboleh-bolehnya elakkan sama sekali air batu.

kurangkan kuah ketika makan nasi.

kurangkan makan makan makanan yang terlalu panas,kerana dipercayai boleh menyebabkan ejakulasi pramatang.

tidur dengan memakai pakaian sesuai.Elakkan memakai celana atau seluar dalam ketika tidur.

meniduri isteri ketika haid.Percaya atau tidak,anda harus tahu bahawa darah haid wanita sangat kotor,mengandungi toksin serta boleh mendatangkan penyakit dan menjejaskan kesihatan alat kelamin anda.

So,untuk anda yang bergelar lelaki..bagaimana? Mengawal diri anda dengan mengikut saranan pantang-larang di atas,atau terus dengan pegangan dan kepercayaan anda? Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri. Jika anda sayangkan ikatan perkahwinan anda,bertindaklah dari sekarang.

19 Mac 2015

CARA ATASI BAYI BERJAGA MALAM TIDUR SIANG HARI

Anda tidak bersendirian! Ramai bayi terutamanya bayi yang baru lahir, kerap berjaga malam. “Burung jampuk” kecil ini tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.

Pada waktu siang, keadaan lebih mudah diuruskan. Bayi anda tidur lama, bangun untuk menyusu, bermain sebentar dan tidur semula. Namun pada waktu malam, segala-galanya berubah. Dia bangun dan tidak mahu tidur semula. Apa yang membuatkannya lebih teruk ialah dia juga mungkin asyik menangis pada waktu malam.

TEKNIK DAN KAEDAH CEGAH KEHAMILAN

Apakah jenis pencegah kehamilan yang boleh saya gunakan jika saya masih menyusukan bayi?

Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
  • kondom untuk lelaki atau wanita;
  • diafragma atau penutup serviks;
  • pil mini;
  • suntikan;
  • implan;
  • sistem intrauterine (yang bermaksud “di dalam rahim”) atau IUS;
  • alat intrauterine (IUD).
Kondom
Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj dan di sekeliling bahagian luar labia. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu menyelesakan berbanding kondom untuk lelaki.

Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.

Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering sejak bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jeli pelincir. Jeli ini haruslah larut air supaya ia tidak merosakkan kondom.

Diafragma dan penutup serviks
Anda boleh guna diafragma atau penutup serviks setiap kami mahu bersama suami. Diafragma dan penutup serviks adalah getah atau silikon lembut berbentuk bulat yang muat dalam serviks.

Doktor atau jururawat boleh memuatkan diafragma atau penutup serviks anda (atau memuatkan semula, jika anda pernah menggunakannya sebelum ini) enam minggu selepas bersalin. Ketika itu, badan biasanya telah kembali ke bentuk sebelum hamil. Diafragma dan penutup adalah di antara 92 peratus dan 96 peratus berkesan, selagi ia diguna dengan betul dan dengan pembasmi sperma.

Pil mini
Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.

Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia menggunakan versi sintetik hormon progesteron.

Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir.

Suntikan
Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
  • Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu
  • Noristerat, yang berkesan selama lapan minggu
Jika anda masih menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan masuk ke dalam badan bayi. Ini tidak akan membahayakan bayi anda.

Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga enam minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.

Jika doktor anda tidak dapat memberi anda suntikan ini, beliau boleh memberitahu anda di mana anda boleh memperolehinya. Suntikan ini membebaskan progestogen ke dalam otot anda selama beberapa minggu.

Kaedah suntikan semaking popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah dilakukan. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Ini kerana, kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali normal.

Implan
Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen.

Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda.

Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.

Sistem intrauterin
Sistem intrauterin (IUS) ialah implan yang dimasukkan ke dalam rahim (uterus). Ia membebaskan sedikit dos progestogen secara berterusan selama hingga lima tahun.

Anda boleh menggunakan IUS pada bila-bila masa bermula empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan menjalankan prosedur ini. Anda boleh menggunakan IUS samada anda bersalin secara normal atau caesarean. IUS adalah lebih daripada 99 peratus berkesan.

Alat intrauterin
Alat intrauterin (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang digunakan.

Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasangnya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 peratus.

Apakah jenis pencegah kehamilan yang tidak boleh saya gunakan jika saya menyusu badan?

Anda tidak boleh guna kaedah pencegah kehamilan yang menggunakan gabungan hormon estrogen dan progesteron (CHC) kerana ini boleh mengurangkan bekalan susu anda. Jenis pencegah kehamilan seperti ini termasuk:
  • pil
  • tampalan, berupa plaster yang ditampal pada kulit
  • cincin, iaitu cincin plastik fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj
Tidak kira CHC mana yang anda guna, pada minggu keempat selepas anda mula menggunakannya anda akan mengalami pendarahan yang biasanya ringan sedikit daripada haid biasa anda. CHC adalah lebih daripada 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Jika anda ambil pil pencegah kehamilan kecemasan, anda tidak akan dapat menyusukan bayi selama 36 jam selepas mengambilnya. Bacalah “Bagaimana dengan pencegah kehamilan kecemasan” di bawah untuk maklumat lanjut.

Saya mahukan jenis pencegah kehamilan yang tetap berkesan walaupun saya terlupa. Apakah kaedah yang terbaik bagi saya?

Jika anda mahukan pencegah kehamilan yang anda boleh lupakan sahaja, jenis yang berkesan lama mungkin sesuai untuk anda. Terdapat empat jenis kaedah seperti ini (lihat di atas untuk penerangannya):
  • suntikan
  • implan
  • sistem intrauterin (bermaksud dalam rahim) atau IUS
  • alat intrauterin (IUD)
Suntikan, implan dan IUS kesemuanya menggunakan progestogen, iaitu versi sintetik hormon progesteron. IUD pula tidak menggunakan hormon.

Jika anda betul-betul yakin anda tidak mahu anak lagi, anda atau suami boleh memilih kaedah pemandulan.

Berapa cepat selepas bersalin boleh saya gunakan kaedah perancang keluarga semula jadi?

Sebaik sahaja haid anda telah kembali dan tetap semula, anda boleh cuba guna kaedah perancang keluarga semula jadi (natural family planning – NFP). Dengan NFP, anda belajar untuk mengenal pasti hari-hari subur anda. Kemudian anda boleh mengelak daripada membuat hubungan kelamin, atau menggunakan kondom pada dan sekitar hari-hari subur anda.

Untuk mengetahui bila anda subur, anda perlu menyimpan carta suhu badan harian apabila anda bangun tidur pada waktu pagi atau selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur. Ini dipanggil suhu badan asas. Anda juga perlu memerhatikan perubahan mukus faraj anda.

Anda boleh beli termometer berkomputer untuk membantu anda mengenal pasti bila anda subur. Anda juga boleh beli alat pemantau kesuburan. Namun anda perlu menunggu sehingga selepas tiga kali haid normal sebelum menggunakan alat-alat ini.

NFP mungkin bukan kaedah yang boleh dipercayai jika anda mempunyai masalah haid yang tidak menentu. Jika anda tidak mempunyai masalah ini, dan selagi anda berhati-hati, NFP boleh jadi sehingga 99 peratus berkesan.

Bagaimana dengan pencegah kehamilan kecemasan?

Kebanyakan klinik dan doktor kini boleh memberi pil kecemasan atau yang dikenali sebagai “morning after pill” untuk mengelak kehamilan sekiranya berlaku “kemalangan” seperti kondom yang digunakan terkoyak. Pil ini perlu diambil dalam masa 72 jam selepas mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

Jenama pil yang terdapat di Malaysia ialah Postinor, iaitu  pil progestin dalam dos tinggi. Pil ini menghentikan atau melambatkan ovulasi, dan menghalang telur yang tersenyawa daripada melekat (implantasi).

Pil pencegah kehamilan kecemasan ini berkesan sehingga 72 jam (tiga hari) daripada waktu anda mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan. Walau bagaimanapun, ia lebih berkesan jika anda mengambilnya dalam masa 24 jam. Ia juga boleh diambil jika anda menyusu badan.

Anda juga boleh menggunakan IUD, tetapi ini perlu dilakukan dalam masa lima hari selepas seks dan ianya jarang digunakan sebagai pencegah kehamilan kecemasan pada hari ini.

BACA LAGI DISINI

2 Mac 2015

PAYUDARA KENDUR DI USIA 19 TAHUN

Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah payudara kendur. Payudara saya mula membesar pada usia 10 tahun dan setahu saya, payudara saya tidak pernah tegang dan pejal sejak dulu. Untuk pengetahuan ­doktor, payudara saya agak besar. Saya berasa sangat kecewa sebab tidak dapat memakai baju dalam yang sesuai untuk orang muda dan sukar ­mencari baju dalam yang dapat memberi kesan seperti payudara saya terang­kat. Saya juga terpaksa memakai baju yang longgar agar payudara saya tidak ketara. Apakah punca masalah kekenduran payudara pada usia yang muda? Bagaimana cara untuk mendapatkan payudara yang tegang dan pejal tanpa pembedahan? -BACA LAGI

16 Disember 2014

KELEBIHAN SENAMAN KEMUT

Senaman kemut memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak. Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit. BACA LAGI

5 Disember 2014

suami pulang sebulan sekali

Suami saya bekerja di selatan tanah air manakala saya menetap di ibu kota. Suami ha­nya pulang sebulan sekali. Malangnya saya sering datang haid setiap kali dia pulang. Adakah saya boleh mengambil pil tahan haid supaya kami boleh bersama? Adakah wanita dibolehkan mengambil pil penahan haid dan pil perancang pada masa sama memandangkan kami merancang keluarga melalui pil perancang? Buat masa ini, kami sudah mempunyai sepasang cahaya mata. baca lagi

3 Disember 2014

masalah payudara keras

Saya berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Masalah saya membabitkan payudara. Setiap kali ketika didatangi haid, payudara saya tegang dan menjadi keras sehingga kadangkala ia menyakitkan. Apabila berakhirnya haid, payudara kembali normal. Adakah keadaan ini biasa bagi gadis seperti saya? baca lagi

2 Disember 2014

punca anu layu

oalan: Saya berusia 23 tahun. Sejak minggu lalu, saya dapati alat kelamin saya tidak dapat menegang dan ia berterusan sehingga sekarang. Sebelum ini ia masih menegang bila terangsang melihat wanita seksi dan menonton video lucah. Untuk pengetahuan, saya melakukan onani tetapi hanya satu atau dua kali seming­gu. Saya risau jika mengalami mati pucuk dan sangat tertekan sejak masalah ini berlaku. baca lagi

4 September 2014

PETUA MUDAH MERAWAT DEMAM CAMPAK

1- MINUMKAN ANAK ANDA DENGAN AIR KELAPA MUDA
2- MANDIKAN ANK ANDA DENGAN AIR CAMPURAN DAUN SEMAMBU

POKOK DAUN SEMAMBU BOLEH DI DAPATI DI TAMAN RIA JAYA SUNGAI PETANI BERDEPATAN KILANG DAN PUSAT SERVIS KERETA

18 Ogos 2014

SELALU NAIK MOTOR BOLEH ROSAK SPERMA ??

Saya pernah terbaca laporan lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan.
Adakah ia benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.


ZAHARI
Rompin, Pahang


BACA LAGI 

11 Ogos 2014

BENARKAH ZAKAR BERURAT NAMPAK GAGAH ?? AZRIL PAHANG

Soalan: Saya melihat zakar di Internet berurat dan nampak gagah tetapi mengapa saya tidak? Adakah zakar berurat disebabkan kuat aktiviti seks, khususnya yang berkahwin. Adakah, perbezaan di antara zakar lelaki bujang dengan yang berkahwin?
AZRIL
Jerantut, Pahang


Jawapan: Tidak dinafikan, penyebaran maklumat melalui Internet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat selain ia bebas sekatan.

Melalui Internet, pelbagai maklumat boleh diterokai, baik yang sensitif mahupun dianggap lucah, semuanya ada tanpa batasan. Tidak hairan kita mudah terpengaruh dengan apa yang disebar di Internet kecuali jika kita sedar maklumat itu mungkin tidak benar, rekaan atau perkara janggal yang sepatutnya dihindari.BACA LAGI

10 Mei 2014

SUAMI PANCUT HINGGA TERKENTUT ??

Saya berkahwin sebulan lalu dan i­nginkan zuriat. Namun apabila bersama isteri, saya gagal melakukan pancutan terutama pada waktu pagi. Di waktu malam, pancutan adalah normal. Ada kalanya saya terkentut. Apakah masalah saya sebenarnya? Sebelum berkahwin, saya pernah beronani dan saya juga perokok.
ZARI
Kuala Klawang, Negeri Sembilan


BACA LAGI 

ELAK JADI GELAP DAN KONTOT

Ramai yang mengalami masalah zakar berubah menjadi gelap, tidak segar, pendek dan sebagainya. Tahukah anda, ia terjadi disebabkan kelakuan anda sendiri seperti melakukan onani dan tidak menjaga alat sulit terbabit dengan baik.
Tanpa jagaan yang baik ditambah pula aktiviti onani yang kerap, ia akan memberi kesan kepada zakar iaitu kulit zakar yang lembut boleh bertukar warna menjadi kusam dan gelap. Tisu zakar juga mengalami masalah dan zakar akan menjadi lebih pendek atau kontot.BACA LAGI

18 Februari 2014

minuman dan makanan penyejuk badan

Minuman penyejuk badan

Tahukah anda bahawa makanan tertentu mengandungi tenaga yang dipanggil `yang'? Makanan jenis ini menambah panas atau api kepada badan anda. Tenaga yang (api) boleh membakar dan menghilangkan kelembapan badan.

Malah, gaya hidup anda boleh menjejaskan keseimbangan badan, sama seperti falsafah Yin dan Yang. Terdapat banyak perkara yang menjurus kepada peningkatan tenaga yang (api) dalam badan. Sama ada terlebih `yin' atau `yang' boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Dengan memahami prinsip ini, anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui pengetahuan dalam pengambilan jenis makanan atau minuman pada masa yang sesuai.

Kundur

Salah satu cara untuk memastikan keseimbangan dan mengekalkan kesejukan badan adalah dengan mengambil buah kundur sebagai minuman yang menyejukkan badan. Ia sesuai dengan konsep keseimbangan dalam terapi makanan Cina. Dengan rasanya yang masam dan manis, kundur biasa digunakan untuk memasak sup berperisa atau manis.

Buah kundur mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan membantu mengurangkan panas badan. Ia juga makanan bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan toksin. Mengambil minuman kundur membantu menghidratkan badan anda dengan lebih cepat berbanding air.

Malah mengambil air berlebihan boleh membuat perut anda kembung. Jika diminum sebelum bersarapan, mampu meredakan ulser peptik. Kundur adalah sumber yang baik untuk vitamin B1, B2 dan C serta kaya dengan beta karotena dan kalsium selain mengandungi sodium yang amat rendah iaitu baik untuk menangani beberapa penyakit seperti arteriosklerosis, tekanan darah tinggi dan nefritis.

Krisantimum

Teh Krisantimum ialah salah satu minuman herbal paling popular di China. Ia juga disebut teh tisane daripada spesies Krisantimum morifolium atau Indicum. Dengan keenakan rasanya yang lembut dan manis serta pelbagai manfaat kesihatan, minuman teh krisantimum menjadi pilihan ramai dan digemari orang dewasa dan kanak-kanak. Bau bunga daripada minuman ini mengimbau kenangan musim bunga. Hirupan pertamanya mencetuskan sensasi yang menarik dan menyegarkan daripada gabungan rasa yang sedikit manis dan pahit.

Teh krisantimum mengandungi vitamin C yang membantu meredakan berat kepala semasa selesema dan melegakan ketidakselesaan resdung. Bersifat anti sprochetal, ia membantu melegakan kekusutan fikiran. Kandungannya yang tinggi dengan beta karotena pula ditukar kepada vitamin A. Ini berguna dalam rawatan kulit bermasalah seperti jerawat dan akne.

Di samping itu, teh krisantimum mempunyai ciri rangsangan dan membantu menyedarkan deria dan menyegarkan minda. Ia merangsang semua deria dan juga menenangkan saraf.

Dalam perubatan Cina, teh krisantimum digunakan untuk "menyejukkan" organ dalaman. Teh ini kerap diminum selepas mengambil makanan berminyak yang boleh membebankan sistem hati. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.

Mengikut fahaman perubatan tradisional Cina, simptom ini menunjukkan panas badan dan teh krisantimum baik untuk menyejukkan dalaman badan. Teh krisantimum disyorkan setiap kali anda mengambil terlalu banyak makanan bergoreng, bakar dan barbeku.

Kanak-kanak digalakkan untuk meminumnya sekali sekala bagi mengekalkan kesihatan mereka. Ia baik untuk dinikmati semasa makan tengah hari atau malam kerana ia membantu memudahkan penghadaman.

Dengan warnanya yang cantik dan rasa yang menyegarkan, bunga krisantimum dipandang tinggi sebagai herbal detoksifikasi dalam perubatan Cina. Krisantimum mempunyai ciri antiradang dan antiseptik untuk membantu menghilangkan panas dan menyingkirkan toksik yang terkumpul dalam badan. Pengambilan secara kerap membantu menyingkirkan toksin yang terperangkap dalam paru-paru termasuk memecahkan pembentukan mukus dan membetulkan ketidakseimbangan yang boleh menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang.

Sengkuang cina


Badan anda dilengkapi secara semula jadi untuk melakukan proses pembersihan diri. Namun pengambilan gula, kafein, stres berlebihan dan terlalu kurang bersenam boleh memperlahankan fungsi menyahtoksin semula jadi badan. Seterusnya badan anda tidak boleh membersihkan dirinya sendiri apabila ia juga perlu berdepan dengan peningkatan bilangan bahan berbahaya dan toksik di kawasan persekitaran.

Badan anda akan memproses dan menyingkirkan sebilangan bahan kimia yang memasuki badan dan tersimpan dalam hati, paru-paru, buah pinggang, sel lemak, usus, saluran darah, dan kulit, yang boleh menyebabkan penyakit kronik. Dengan melakukan proses menyahtoksin, anda akan mengeluarkan toksin daripada sistem badan anda.

Sengkuang cina ialah sayuran air yang tumbuh di paya yang boleh dinikmati mentah. Ia dianggap sebagai ubat tradisional untuk rawatan penyakit di serata Asia dan berasal dari bahagian selatan China. Dikenali sebagai mah tai, sengkuang cina digunakan sebagai makanan sejak zaman purba.

Daripada keluarga tumbuhan yang dipanggil sedge, sejenis rumput paya dengan bahagian bawahnya yang boleh dimakan serupa seperti kacang chestnut. Walaupun mempunyai rasa seperti kacang, ia sebenarnya sejenis sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas, pejal dan rangup. Sengkuang Cina tumbuh di kawasan air cetek di tasik, sungai dan paya dan China merupakan pengeluar terbesar sengkuang cina.

Individu yang alah kepada kacang boleh menikmati sengkuang cina. Sekiranya dimakan pada musim hujan, ia boleh melindungi seseorang daripada batuk.

Sengkuang cina kaya dengan serat yang diperlukan oleh badan untuk menurunkan kolesterol. Ia membantu mengelakkan masalah seperti sembelit dengan membersihkan sistem penghadaman badan. Sengkuang cina juga mengurangkan hernia, amenorea, sakit perut dan masalah hati.

Mereka yang menghidap cystitis dan penyakit yang menyakitkan seperti jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup yang disediakan dengan sengkuang cina bagi mencegah simptom daripada menjadi lebih teruk. Jus yang diekstrak boleh mencegah rasa senak dan loya.

Cincau


Cincau ialah campuran yang diadun daripada tumbuhan Mesona chinesis, herba dalam keluarga pudina (Limiaceae). Ia kemudiannya ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan agar-agar jeli.

Di sebalik warna yang hitam, cincau memberi pelbagai manfaat termasuk membantu untuk melegakan pedih ulu hati. Ramuannya yang mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus serta vitamin (A, B1 dan C), dipercayai mampu melegakan pedih ulu hati.

Ia membantu badan untuk menyahtoksin melalui pembuangan air kecil secara kerap, mencegah ruam dan kerengsaan kulit. Cincau ialah penyejuk semula jadi, membantu mencegah serangan panas dan demam. Ia biasanya digunakan untuk melegakan cirit-birit oleh masyarakat Indonesia.

BIJI KEMBANG SEMANGKUK SEJUKKAN BADAN SEWAKTU DEMAM

 BIJI KEMBANG SEMANGKUK

Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.

Nama kembang semangkuk merujuk kepada semua spesies dalam genus scaphium spp.. Ke semua spesies tersebut menghasilkan biji yang mempunyai tisu yang akan kembang seakan jeli apabila direndam di dalam air. Biji kembang semangkuk yang kering adalah ukuran dari hujung jari orang dewasa, berwarna coklat dan mempunyai kulit yang kasar.



 


         KEADAAN biji kembang semangkuk yang telah direndam ~

Isi di sekitar biji kembang semangkuk yang kering mengembang sehingga lapan kali ganda daripada saiz asalnya jika direndam dalam air, tidak teratur bentuknya apabila kembang dan rupanya seperti gel kemerahan. Setelah direndam dan biji dibuang, isi kembang semangkuk biasanya dicampur dengan gula pasir putih, ais dan biji selasih (basil seeds) dan diminum sebagai minuman penyejuk badan.


Kembang semangkuk turut juga dikenali sebagai selayar, malva nut (Inggeris), sahm raawng (Thai) dan kapas-kapasan (Indonesia). Terdapat 4 jenis spesies pokok kembang semangkuk yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Spesis utama termasuklah S.linearicarpum, S.longiflorum, S.macropodum dan S.scaphigerum. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Sterculiaceae ini merupakan sejenis pokok balak dan banyak ditemui di dalam hutan hujan tropika dan di kawasan bertanah rendah terutamanya di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar. Setiap spesies pokok mempunyai ketinggian yang berbeza. Begitu juga dengan bentuk daun antara setiap spesies turut berbeza.


 Rawat batuk kering dan pendarahan rahim


Biji kembang semangkuk mengandungi lebih kurang 60% basorin (bahan gam atau musilaj). Kulit biji yang kering lazimnya mengandungi 4.5% protein, 24% pentosan dan 40% karbohidrat. Selalunya biji kembang semangkuk akan direndam dalam air dan dicampurkan air gula lalu dijadikan minuman.


Sejukkan badan sewaktu demam


Selain sedap diminum, biji kembang semangkuk juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan yang tertentu. Biji kembang semangkuk dikatakan boleh direndam dalam air dan tisu buah yang kembang berwarna coklat diminum bersama air. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.


Ramuan ini dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan (hidung, perut, usus atau pundi kencing), penawar racun, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal, sakit mata, sakit gigi, cacing dalam perut dan usus, cirit-birit dan disenteri. Bijinya juga dikatakan boleh dibuat teh herba untuk merawat bronkitis dan juga dijadikan ubat luaran, selalunya air rendaman kembang semangkuk perlu diembunkan semalaman sebelum diminum.

Hi semua..di sini aku nak share sikit cara-cara nak sejukkan badan menggunakan kaedah tradisional.Sebab aku beri tips ni adalah kerana badan aku dah rasa panas didalam dah ada rasa perit tekak jadi terus ja teringat nak sejukkan badan.
Balik ja kerja terus singgah di kedai sensei beli bahan-bahan yang perlu untuk buatkan air tu.Dan di bawah ini adalah diantara bahan-bahannya sebelum dan selepas direndam.Anda semua kenal tak dengan bahan-bahan ni.kalau orang-orang lama mesti kenal tetapi yang bebudak muda ini ada kenal ke??
Getah Anggur

Bunga Chrysanthemum

Biji Selasih

Kembang Semangkuk
Aku pun tak tau kenapa benda ni dipanggil getah anggur.kalau sekali tengak nampak macam kemenyan je
Ini mesti ada yang kenal.yang selalu diminum dalam kotak tu dah dicampur ngan bahan-bahan lain.ini fresh dari ladang.
Ini semestinya semua kenal.ada yang suka buat sirap selasih tetapi kalau di Penang dipanggilnya Sarbat.Ada juga yang gelarkannya telur katak.
Yang terakhir sekali kembang semangkuk.Macam tak percayakan.Asal sebelum rendam mcm biji asam ja tetapi dah rendam ha ambik ko...dah besar.
Semua ini aku rendamkan dan dicampur semua.untuk sedapkannya lagi campur sedikit dengan air gula.Kalau dah malas sangat nak buat

13 Februari 2014

AWAS !! SELAPUT DARA TIDAK NORMAL -8

Apakah jenis selaput dara sekiranya seorang perempuan itu didatangi haid tetapi tidak memiliki lubang pada selaput dara­nya?
Bagaimanakah penyelesaian yang akan diambil sekiranya perempuan terbabit hendak berkahwin? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan.

Lia,
Selangor


Keadaan selaput dara tiada lubang dinamakan ‘imperforate hymen’. Ini lazimnya dikesan awal iaitu pada bulan pertama atau beberapa bulan awal gadis didatangi haid.

Dengan pengumpulan darah haid di dalam faraj, ini menimbulkan kesakitan dan bengkak pada kawasan kemaluan dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk membuka selaput dara itu. Jika tidak, ia boleh menyebabkan penyakit lain akibat tumpahan darah haid melalui tiub fallopio ke dalam ruang pelvis.

Wanita yang didatangi haid semestinya sudahpun mempunyai bukaan pada selaput daranya.

Namun, selaput dara boleh mempunyai kelainan dari segi sifat atau bentuk fizikal dan ini mungkin menyukarkan hubungan seks penetratif. Hal ini dapat dipastikan melalui pemeriksaan doktor pakar sakit puan. SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Selaputdarataknormal/Article/index_html

http://bit.ly/1gaJK7L

http://curium-cr.com/my-5969084

http://bit.ly/1gaK5HA

http://bit.ly/LWUGdq

http://bit.ly/1gaJUMg

11 Februari 2014

BAYI SONGSANG - KAEDAH ECV

Saya inginkan pandangan doktor mengenai prosedur ECV untuk memperbetulkan kedudukan bayi yang songsang semasa ia berusia 36 minggu.
Adakah prosedur ini jalan terbaik? Saya hamil anak pertama dan sejak tujuh bulan kepalanya di atas malah sehingga 36 minggu ia masih pada kedudukan sedemikian.

Sejak kandungan berusia tujuh bulan, saya ada membuat penyelidikan berkaitan masalah ini, namun saya takut dan tidak yakin dengan ECV memandangkan ini anak pertama saya.

Saya bercadang untuk bersalin secara pembedahan. Apakah pandangan doktor?

Ifah,
Kuala Lumpur


Saya pasti doktor anda sudahpun memastikan keadaan anda dan kandungan sebelum membenarkan anda mencuba kaedah ECV.

Apakah yang mendorong anda untuk memilih ECV atau sebaliknya kelahiran Caesarean? Seeloknya penyelidikan yang anda buat biarlah diselidiki juga melalui perbincangan dengan doktor anda. Ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul daripada bahan bacaan tanpa panduan.


Pada usia kandungan anda 36 minggu ini, terdapat beberapa kemungkinan:

- Kemungkinan untuk janin berpusing dengan sendirinya kepada kedudukan normal (tanpa ECV) adalah 1:12.

- Bagi kandungan pertama, peluang ECV berjaya adalah sekitar 40 peratus. Ini juga bermakna, risiko ECV tidak berjaya adalah sekitar 60 peratus. Ia bergantung kepada usia kandungan, saiz janin, kandungan air ketuban, kedudukan uri, posisi kaki janin, penggunaan ubat tokolitik dan lain-lain.

- Setelah ECV berjaya memusing­kan janin anda kepada kedudukan normal, risiko untuk janin berpusing semula kepada songsang adalah rendah iaitu 1:20.

- ECV adalah satu alternatif jika anda tidak mahukan kaedah pembedahan Caesarean. Bagaimanapun, jika anda memang sudah memilih kaedah Caesarean dari awal ketika mengetahui janin songsang, pilihan ECV tidak lagi relatif.

Namun, tidak salah jika anda mendengar penjelasan doktor anda mengenai kelebihan bersalin normal sekiranya ECV berjaya dan tidak bermasalah. Apapun, kini yang pasti jika janin masih songsang, bersalin normal bukanlah pilihan yang sesuai. SUMBER http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayisongsang/Article/index_html

3 Februari 2014

PUNCA PENYAKIT KUNING -8

http://bit.ly/1fChL0u

http://bit.ly/LsOmu1

http://bit.ly/1fChISd
Pundi hempedu manusia tergantung betul-betul pada bawah hati atau hepar manusia. Ia disambung atau tergantung pada kawasan hati itu oleh saluran tiub dipanggil duktus.
Terdapat juga duktus yang menyambungkan pundi hempedu kepada usus kecil manusia, yang dipanggil duktus sesama hempedu atau ‘common bile duct.’ Fungsi utama duktus sesama ini ialah menyalurkan bilirubin yang telah diproses untuk dibuang sebagai najis.
Bilirubin pula ialah hasil proses terakhir daripada darah merah yang telah matang di mana darah merah yang telah mencapai 120 hari akan pecah dan diproses di limfa dan hati.
Bilirubin adalah ‘pewarna’ kepada najis manusia menjadikannya berwarna kecoklatan.

Namun, jika terdapat gangguan di dalam proses bilirubin ini, penyakit kuning boleh berlaku.
Saluran atau duktus yang menyambungkan pundi hempedu ke usus kecil berkenaan boleh dijangkiti kuman yang terdapat pada usus kecil.
FotoPENYAKIT kuning boleh dikesan pada mata.

Kuman itu memasuki saluran duktus sesama dan membuat koloni pada kawasan itu.

Ini terjadi jika saluran berkenaan tersumbat.

Kebiasaannya disebabkan oleh batu daripada garam pundi hempedu atau ‘gallstone.’ Kira-kira 10 hingga 30 peratus kes adalah disebabkan oleh batu ini.

Selain itu terdapat beberapa faktor lain termasuk kanser pada kawasan itu.
Jika jumlah kuman pada tiub atau duktus sesama semakin banyak ia boleh menyebabkan saluran itu semakin tersumbat dan seterusnya bilirubin tidak dapat disingkirkan melalui najis.

Ini akan menyebabkan pesakit boleh mendapat penyakit kuning di mana mata dan juga kulit menjadi kekuningan.

Jangkitan pada duktus sesama ini dipanggil cholangitis.

Selain kuning, pesakit akan mengalami demam panas dan juga sakit pada bahagian atas dan kanan kawasan abdomen.
Demam yang dialami biasanya sangat tinggi sehingga pesakit menggigil.

Jika jangkitan berterusan ia boleh menyebabkan pesakit menjadi keliru dan tekanan darah menjadi rendah seterusnya mengakibatkan koma atau maut jika kuman merebak ke dalam salur darah.
Rawatan untuk jangkitan ini perlu disegerakan dan dirawat sebagai kecemasan.

Beberapa ujian darah perlu dijalankan untuk menentukan tahap jangkitan dalam badan.

Selain itu, ujian ‘ultrasound’ atau scan pada bahagian abdomen dapat mengesahkan jangkitan pada saluran duktus sesama pesakit.

Ubat suntikan antibiotik akan diberikan untuk mencegah kuman daripada terus merebak dan mengawal jangkitan.
Cecair dimasukkan untuk memastikan tekanan darah terus stabil.

Pembedahan atau prosedur rawatan akan dilakukan 24 hingga 48 jam selepas antibiotik diberikan sehingga pesakit stabil untuk prosedur berkenaan.

Prosedur ini dipanggil endoskopi.

Kaedah di mana kamera kecil dan alat dimasukkan melalui mulut pesakit terus ke kawasan usus kecil di mana bukaan duktus sesama akan dapat dilihat.

Rawatan ketika itu adalah bergantung kepada jenis penyebab berlakunya penyumbatan.

Biasanya, belon atau sten akan diletakkan untuk melegakan sumbatan pada duktus seterusnya membolehkan bilirubin mengalir semula.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Puncapenyakitkuning/MA/Article

7 September 2013

Kekasih Panas baran, Hina bentuk Badan - Apa nak buat ??

Saya mempunyai masalah dengan kekasih yang panas baran. Kami sudah lama dalam hubungan cinta ini. Rasa sayang terhadap kekasih sudah terpahat. Tentu sekali dalam percintaan banyak cabarannya. Sama seperti hubungan cinta kami, dugaan tetap ada.
Masalah yang saya hadapi mengenai kekasih ialah sikapnya yang panas baran. Saya akui dia seorang lelaki yang baik tapi ini tidak memberi ketenangan kepada saya kerana sikap panas baran banyak memberi kesan buruk.

Dia akan marah-marah apabila saya melakukan kesilapan yang kecil, malah dia juga sering melepaskan tekanan kerja pada saya dengan memarahi tanpa sebab. Apabila dia marah, kata-kata kesat dilemparkan dan menghina fizikal saya.

Saya sangat tertekan dengan hal ini dan risau akan menjejaskan mutu pekerjaan. Selain itu, dia juga sering menipu tapi saya akan dapat hidu juga tanpa pengetahuannya, namun dan saya tidak bertanya mengenai hal itu sebaliknya pendam sendirian.

Kadang kala saya rasa ingin memutuskan hubungan tapi saya sayangkannya. Kami merancang untuk berkahwin tahun depan. Untuk pengetahuan Dr, dia juga seorang yang mengongkong. Aktiviti harian saya dipantau sepenuhnya olehnya. Saya berharap Dr dapat membantu saya.

SEDIH DIHINA,
Johor



Mencari dan memilih ciri yang bersesuaian dalam lelaki yang bakal menjadi pasangan hidup adalah tugas penting seorang wanita.

Natijahnya, perkahwinan adalah perkongsian hidup selama hayat jika jodoh ditakdirkan panjang. Pilihan kita hari ini akan menentukan apa yang akan terjadi esok. Sekiranya pilihan dibuat tanpa berfikir panjang, jangan pernah mengeluh dengan akibat dari pilihan itu.

Cinta tidak bermakna seseorang membenarkan diri disakiti emosi dan fizikal. Ternyata apa yang berlaku ialah kekasih mendera adik dari segi emosi melalui kata-kata penghinaan. Fizikal menjadi sasaran.

Dr memahami perasaan adik. Tentu sekali perasaan hati terguris. Cinta tidak sesekali membenarkan diri menjadi hinaan. Apatah lagi hinaan terhadap rupa paras. Sama ada cantik atau sebaliknya adalah kurniaan Tuhan. Tiada siapa berhak mengadili kurniaan tuhan.

Membuat pilihan tepat mengenai lelaki bakal calon suami amat penting. Lelaki kelak dalam perkahwinan memikul pelbagai wajah. Wajah-wajah ini bergantung kepada tanggungjawab yang dipikul dan haknya.

Tanggungjawab seseorang lelaki antara lainnya ialah sebagai seorang suami, bapa dan kemudian datuk. Lelaki juga adalah anak lelaki dan adik beradik lelaki. Untuk menjadi insan lelaki yang sempurna, seorang lelaki perlu menyempurnakan tanggungjawab dalam semua wajah ini. Sudah tentu ini bukan sesuatu yang mudah.

Dalam konteks kekasih, ciri panas baran yang ada pada kekasih sukar menjadikan dia suami dan bapa yang baik.

Soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Adakalanya kita cuba menghindari jodoh kita, tapi ia tetap datang. Jika ditakdirkan kekasih panas baran adalah ketentuan jodoh, adik dan dia perlu duduk berbincang dan mencari titik-titik persamaan ciri yang diinginkan dalam sebuah perhubungan dan seterusnya perkahwinan membahagiakan.

Jelaskan kepada kekasih perasaan yang adik alami setiap kali dia mengeluarkan kata-kata menyakitkan mengenai rupa paras adik. Begitu juga mengenai penipuan yang dilakukan.

Sekiranya selepas perbincangan, kekasih masih lagi kekal dengan tingkah lakunya yang menyakitkan, adik perlu serius memikirkan jalan terbaik untuk membahagiakan diri adik sendiri.

SUDU

Arkib Blog