Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Persetubuhan @ jima’ (SUMBER )
1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan
kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda
yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu
mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan
sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan
buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan
baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا
Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan
daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan
nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah
kami berserah.”
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah
berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat.
Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan
selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :
اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku
ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami
ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan
itu sebagai kebaikan.
Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka
daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan
jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami
semua saling cinta mencintai.
4. Beramah Mesra
Selepas itu si suami hendaklah
memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan
duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan
tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan
dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku
pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku
berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang
telah Kamu ciptakannya.
Adab Melakukan Persetubuhan
- Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami isteri hendaklah memastikan
pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan
masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak
melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;
- Sedang sakit yang memudaratkan
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.
BACA PENUH DISINI