Kebaikan Air Sejuk dan Ais
Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun,
sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam
keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak
akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan
tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan.
Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika
(daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang
dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran
bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang
mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur
agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang
sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang
baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek
apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi
kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh
menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk
biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara
total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan
sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit
alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang
keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh
mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan
koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan
dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas
yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi
penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang
yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk
dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah
kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan
rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran
darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk
akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan
meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi
atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat
ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh
unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam
tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan
di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat
panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan
memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?
SUMBER http://manzcaldin.blogspot.com/2013/11/kebaikan-air-sejuk-dan-ais_22.html