D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 September 2014

KUSANGKA 2, RUPANYA 4

MULA - mula satu, kemudian dua, akhirnya menjadi empat. Maaf, saya tidak bercakap mengenai suami yang suka berpoligami. Tidak juga saya hendak mengulas Madu Tiga, filem klasik P. Ramlee yang sentiasa mala segar itu.

Saya bercakap mengenai insiden terkini kebocoran soalan peperiksaan. Sama seperti filem-filem seniman agung itu yang sudah berpuluh kali diulang tayang, soalan bocor pun adalah drama yang berkali-kali dimainkan semula.

Seingat saya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih empat dekad lalu, sudah timbul isu soalan bocor. Beberapa guru memberitahu murid-murid mengenai soalan subjek tertentu yang akan keluar.
Tepat seperti yang diberitahu, pada hari peperiksaan soalan-soalan berkenaan betul-betul keluar, sebiji-sebiji. Selepas selesai peperiksaan murid-murid berkumpul di kantin dan bersorak riang: “Soalan bocor! Soalan bocor!” Tidak ada apa-apa tindakan pun.

Tahun demi tahun setiap kali ada peperiksaan penting – Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – ada sahaja cerita soalan bocor.
Sesetengahnya diakui oleh pihak kementerian tetapi banyak juga yang dibiarkan begitu sahaja. Pendek kata, kebocoran bukan lagi satu berita, malah sudah menjadi seperti budaya dan sebahagian ciri dalam sistem pendidikan kita. BACA LAGI

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog