D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

12 September 2014

BIODATA COLON BN PRK PENGKALAN KUBOR - Mat Razi bin Mat Ail

Mat Razi bin Mat Ail telah diumumkan sebagai calon mewakili BN di PRK Pengkalan Kubor DIUMUMKAN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkelulusan BA (Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu dari UKM pada tahun 1999. Beliau juga merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim di Kedah pada 1988.

Mat Razi mula bergiat aktif dalam politik semenjak tahun 1990 sebagai Setiausaha Cawangan UMNO Simpangan. Kemudiannya menjadi AJK Pemuda pada tahun 2005 dan AJK Bahagian UMNO pada tahun 2009.

Beliau telah mengasaskan sekolah pondok pada tahun 2012 di tanah sendiri yang diwakafkan di Kg. Simpangan.

Sebelum itu, beliau mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bunohan pada tahun 1988 selama 8 tahun yang kemudiannya bertukar ke sekolah-sekolah lain iaitu SMK Sri Kurau Perak, SMK Ayer Lanas Jeli,  dan SMK Geting.

Beliau mula belajar di pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar bermula tahun 1982 sehingga Tuan Guru meninggal dunia pada tahun 1994. Beliau telah dua kali mengerjakan haji dan semenjak tahun 2011 beliau telah membawa jemaah umrah setiap tahun.

Ilmu agama yang dimiliki beliau dikatakan mampu menyaingi calon Pas dan menepati cita rasa pengundi PRK Pengkalan Kubor.

Profil Ustaz/Cikgu Mat Razi:
Nama: MAT RAZI B.MAT AIL
No Kad Pengenalan :  651119035219
Kerjaya : PENOLONG PEG. PPD TUMPAT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH.
Isteri Khairos bt Husin - Guru Sk. Simpangan Tumpat.
Kelulusan BA(Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)
Anak - 6 org(3 lelaki 3 perempuan)
1. Zamir(UITAM jurusan Art& Design)
2. Nur Izati(UIA Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur Maisarah dan Zulfahmi(Sk Simpangan).
6.
Bergiat politik semenjak 1990 sebagai S/U Cawangan Simpangan. AJK Pemuda UMNO bermula 2005 dan AJK Bahagian bermula 2009.
Jasa :
Mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.Simpangan dengan pengambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru Quran en daud Ismail(bekas guru Quran zi sendiri).Pondok di sumbangan arwah Dato Noor Zahidi sebanyak 50 ribu pada 2013. Pengajian pelajar adalah percuma bersama makan percuma.
Perkhidmatan dalam kerajaan dan pencapaian:
1988 SK Bunohan(8 thn)
1999 (SMK Sri Kurau Perak)
2002 (SMK Ayer Lanas Jeli)
2003-2008(SMK Geting) guru pemeriksa sejarah

Di Maktab Perguruan pernah johan Tilawah Al-Quran Taranum.
mula mengaji di pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994.
Menunaikan haji pertama 1999 dan ke 2-2008.)
Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.


SUMBER 

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog