D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 September 2014

biodata azmin ali menteri besar baru selangor

YB Mohamed Azmin Ali (lahir pada 25 Ogos 1964) merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Di peringkat negeri Selangor, beliau adalah ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan kini PKR Selangor.
Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keluarga

Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi). Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Umi Hafilda menerusi Twitter. Pada 13 Januari 2012, Ummi buat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail . Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan dan Umi Hafilda berdamai.[1]

Pendidikan

Azmin Ali lahir di Singapura (yang ketika itu masih berada dalam Malaysia) pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat.

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti sebanyak 6,867 undi. Beliau memperolehi 40,334 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 33,467 undi.

Kontroversi

Minah Ronggeng

Pada 27 Mei 2009, Malaysiakini melaporkan bahawa timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berulangkali menggelar Aminah Abdullah seorang calon bebas, sebagai ‘Minah Ronggeng' kerana mendakwa bahawa tuduhan Aminah mengenai tawaran sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti itu tidak berasas sama sekali. [2][3]

baca lagi

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog