Perut saya juga buncit seperti orang hamil dua bulan serta mengeras. Saya pergi ke klinik swasta sebelum ini dan doktor menyatakan peranakan saya bengkak, tapi tidak dinyatakan punca ia bengkak. Saya diberi ubat, namun tiada sebarang kesan hingga kini dan saya masih sakit.
Kadang-kadang apabila saya meniarap di atas lantai, saya dapat rasakan ada satu ketulan di dalam perut. Adakah kesakitan yang saya alami ini satu kebiasaan?
SUE,
ISTILAH peranakan (rahim) bengkak adalah istilah yang lemah. Doktor lazimnya akan memberitahu anda punca saiz rahim membengkak, sama ada ada ketulan dikesan dan di bahagian mana ketulan itu berada di dalam rahim.
Kemungkinan jangkitan pundi kencing, penyakit ketulan dari rahim,
ketulan dalam ovari, bengkak usus, kedudukan buah pinggang di luar kawasan sepatutnya (ektopik renal) dan seumpamanya adalah antara kemungkinan jika benar anda mempunyai ketulan di dalam abdomen atau perut.
Pemeriksaan fizikal, pemeriksaan dalaman dan palitan faraj, ujian air kencing, imbasan ultrabunyi abdomen dan imbasan ultrabunyi pelvis dapat membantu doktor mengesan masalah anda.