Tambahan pula, mereka (anak) risau mengenai pilihan mak. Kekerasan mak yang ingin meneruskan perkahwinan membuatkan hubungan anak-beranak renggang dan porak-peranda. Apakah yang harus dilakukan agar hubungan erat semula seperti dulu?
JUNIAH
Linggi
Jika anak benar-benar menyayangi ibu, harus membiarkannya membuat keputusan untuk diri sendiri. Bagi anak, ibu sudah tua dan tidak sesuai berkahwin tetapi hakikatnya, ibu perlukan teman bagi mengisi ketenangan dan kesunyian hidupnya, bukan sekadar hubungan kelamin.
Kehadiran anak tidak sama dengan kewujudan suami sebagai teman hidup. Suami boleh menjadi imam solat dan teman ke masjid ketika usia senja.
Sungguhpun dia pernah berjanji dengan arwah ayah tidak akan kahwin lagi, janji itu menyalahi fitrah manusia dan sunnah nabi. Minta anak memahami dan mengizinkan ibu berkahwin, senangkan hatinya dan restui perkahwinannya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibutuainginberkahwinlagi/Article/index_html