20 Jun 2012
Apa Itu Sperma Tak Bergerak - INFO
BARU-BARU ini, saya menjalani ujian sperma dan keputusannya mendapati saya mempunyai sperma tetapi ia tidak bergerak. Adakah sperma itu mati dan tidak boleh lagi digunakan? Adakah ia juga berpunca akibat pengambilan ubat darah tinggi seperti amlodiphine dan perindopril?
NICK
Kuala Lumpur
Sebenarnya anda tidak perlu melakukan ujian air mani jika belum berkahwin atau mengalami masalah kesuburan. Biasanya, pasangan yang belum mendapat anak selepas berkahwin lebih dua tahun perlu menjalani ujian kesuburan, di mana satu daripadanya ialah ujian air mani.
Hasil ujian dijalankan, anda didapati memiliki sperma dan ia sampai ke penghujung salur sperma. Dalam kes anda, mungkin ketika proses ejakulasi berlaku, sperma bercampur aduk dengan cecair dari pundi prostat dan pundi seminal, menyebabkan ia kaku serta tidak bergerak.
Sperma itu tidak mati tetapi kaku akibat tindak balas antibodi sperma di mana kemungkinan ada sesuatu dalam cecair pundi prostat atau pundi seminal yang menyebabkan ia tidak bergerak.
Jika air mani dibersihkan melalui prosedur ‘sperm washing’, ada kemungkinan sperma itu bergerak jika antibodi dapat dibersihkan.
Untuk tujuan itu, anda perlu menjalani ujian air mani yang lebih komprehensif, di mana sebahagian air mani dibersihkan untuk mengetahui sama ada ia aktif atau sebaliknya.
Tidak dinafikan sperma sangat sensitif dan penghasilannya boleh tergendala akibat kesan ubat-ubatan atau herba tertentu. Ubat untuk tekanan darah tinggi seperti amlodiphine atau mana-mana ‘calcium channel blockers’ didapati boleh mengganggu keaktifan sperma untuk sebahagian lelaki.
Ini termasuk ubat antibiotik seperti tetracycline, macrolides, anti kulat dan ubat gastrik cimetadine atau herba tertentu seperti biji peria, biji betik, ekstrak bawang putih, lada hitam, produk kacang soya seperti taufu, B-pollen dan pelbagai lagi didapati boleh mengganggu penghasilan sperma lelaki.
Namun demikian, tidak bermakna semua ubat dan herba itu boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Ia bergantung kepada dos dan kekerapan pengambilan produk terbabit.
Jika was-was dengan ubat berkenaan, doktor boleh memberi anda ubat yang tidak memberi kesan negatif kepada kesuburan.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Spermatakbergerak/Article/index_html
Arkib Blog
-
▼
2012
(700)
-
▼
Jun
(31)
- Cara Buang Tahi Lalat Laser
- Video Silat Abjad Parang Berapi
- Video Awek Kelate - Dikir Serabut Wehhhh
- Jom Niaga Kentang Spring - Modal RM799
- Langgar Janji Tidak Mahu Kawin Lagi
- Apa Itu Sperma Tak Bergerak - INFO
- Sukar capai ejakulasi
- Suami perlu Minta Izin Isteri Pancut Di Luar ??
- komputer bersaiz kad kredit dengan Harga RM125
- Tinggal Solat Ketika Haid Tak Perlu Qada
- Tukar domain dari blogspot.com ke com
- Hukum Suami Pancut Luar Semasa Jimak
- Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah -VIDEO
- Masaalah Air Mani Jernih Seperti Air Biasa
- Kord Gitar Melayu - Lestari-Sekelip Mata Kau Berubah
- Hotel/homestay Bajet Sekitar Sungai Petani kedah
- Sakit Perut Selepas Bersama Suami
- BANGI: Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear...
- jawatan kosong PLKN Terkini 2012/2013 klik sini
- PTPTN di Bekukan
- Temuduga Terbuka dan Karnival Pekerjaan Azam Kerja
- Bengang isteri muda kurang nafsu
- Buku Mewarna Angry Birds Space - Percuma
- Senarai Nama PLKN 2013
- kord Gitar Jimmy Palikat – Tanak Kampung
- Anak 2 Jantina
- Kord Gitar Melayu - Haruskah Kita Berpisah -Arrow
- Telan Air Mani Boleh Mengandung??
- Manaf Mahu Khatan Kali Ke 2 - Kisah Benar
- RUMAH REHAT ISYRAQ DI PASIR MAS KELANTAN
- Pas minta derma bina lebuh raya Kota Bharu
-
▼
Jun
(31)