D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

5 April 2012

Mk jenama gitar man keedal

ESUDAH 30 tahun mengiringi persembahan pelbagai artis tempatan, berjuang bersama kumpulan Lefthanded dan bergelar duta jenama gitar, Man Keedal bakal memperkenalkan gitar jenama sendiri. Gitar dikenali Man Keedal Series atau MK ini adalah eksperimen beliau sendiri selama 30 tahun berkecimpung sebagai pemain gitar elektrik. Lebih menarik, impian menghasilkan gitar terbabit bukan mudah disebabkan kos yang tinggi selain memerlukan Man membuat ‘homework’ ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Korea dan China. Berkongsi pengalaman beliau mengenai jenama gitar MK, Man Keedal atau Abdul Rahman Mahmood menyifat�kan ia adalah impian seumur hidup sebagai seorang anak seni. “Cita-cita membuat gitar sendiri memang sudah lama terpendam dan banyak kali juga patah hati memikirkan kegagalan pernah dilalui. Lagipun, ia sesuatu sangat serius apatah lagi jangkaan tinggi mencapai tahap piawaian antarabangsa seperti mana gitar berjenama lain yang popular serta hebat dengan karakter dan ‘signature’ masing-masing dalam pasaran sekarang. “Inspirasi paling kuat dalam jiwa hadir sejak menggunakan gitar buatan sendiri selaku pemuzik undangan merakam album studio Ella 30110 pada 1992. Jualan album itu membuat saya terkejut kerana muncul album paling laris dalam sejarah artis solo wanita apabila terjual lebih 100,000 unit pada minggu pertama berada di pasaran. “Malah, impian saya akhirnya terlaksana apabila ada warga korporat sudi menghulur tangan dan membiayai perbelanjaan gitar MK. Bukan itu saja, saya sudah membuat 15 unit gitar MK ‘limited edition’ (LE) berwarna putih dan menunggu masa perancangan untuk membuat kilang membuat gitar MK apabila prosedur untuk hak reka bentuk siap sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada Harian Metro....sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/JenamagitarManKeedaltercetus_/Article


Published with Blogger-droid v2.0.4

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog