Kisah Seram Tesco Mergong
Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.
Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa
pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan
Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong.
Menurut keterangan beberapa pekerjaTESCO Mergong, mereka pernah terlihat
seakan lembaga
hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi
kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang diasering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejukapabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara
sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes
yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.