D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

18 April 2012

30% peralatan komunikasi tidak patuhi piawaian SKMM, SIRIM


CYBERJAYA 18 April - Hampir 30 peratus peralatan komunikasi seperti telefon, komputer riba dan telefon pintar di pasaran dikenal pasti tidak menepati piawaian keselamatan dan kawalan teknikal.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd. bekerjasama melaksanakan pemantauan peralatan komunikasi di pasaran negara ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Shahril Tarmizi berkata, kerjasama strategik itu bertujuan memastikan peralatan komunikasi yang masuk ke pasaran tempatan tidak berbahaya kepada pengguna.

Beliau berkata demikian selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Program Pemantauan Pasaran di antara SKMM dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

sumber : utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog