6 April 2012
Fizikal Perempuan, Kudrat Lelaki
SAYA mempunyai berat badan berlebihan dan dianggap obes. Saya sudah berkahwin selama setahun empat bulan dan masih belum dikurniakan zuriat.
Saya belum merujuk mana-mana doktor pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan lanjut ke atas saya dan suami. Kebanyakan doktor yang saya rujuk berkaitan masalah haid tidak teratur menyarankan saya untuk menurunkan berat badan.
Untuk pengetahuan doktor, saya pernah pergi ke kedai perubatan Cina. Dia ada meneliti kuku dan mata saya. Pengamal perubatan itu mengatakan rahim saya sejuk dan sukar untuk janin melekat. Katanya, badan saya mempunyai fizikal perempuan tetapi mempunyai kudrat lelaki. Adakah ini berkaitan dengan lebihan hormon lelaki?
Pada pandangan doktor, apakah masalah saya? Apakah yang dikatakan pengamal perubatan itu ada bersangkutan dengan perubatan moden?
SITI,
Puchong, Selangor.
OBES bermakna indeks jisim badan (BMI) anda 30kg/m2 atau lebih. Sekiranya BMI 35kg/m2 atau lebih pula, ia memasuki kategori obes morbid iaitu lebih berisiko penyakit berkaitan contohnya jantung, diabetes dan seumpamanya.
Dahulu, kajian mendapati wanita obes ada kaitan dengan kurang subur. Kini bukan saja obes, kajian mendapati berlebihan (BMI 25-29.9 kg/m2) berat badan juga adalah antara faktor kurang subur. Ia lazimnya menghentikan ovulasi, secara tidak langsung ini mempengaruhi paras hormon yang mengawal haid.
Pada awalnya, haid menjadi jarang-jarang (selang beberapa bulan) tetapi kemudian ia tidak teratur dan berpanjangan dalam kuantiti sedikit]. Apabila hamil pula, risiko keguguran meningkat berbanding wanita berbadan ideal.
Kadangkala selain obes, seseorang wanita juga mempunyai simptom lain bagi sesuatu penyakit atau sindrom. Contohnya simptom berlebihan hormon kelelakian (kulit kasar, berminyak, berjerawat serta mempunyai taburan bulu roma kawasan kelelakian yang berlebihan).
Bukan mudah untuk menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi jika anda
didapati mempunyai sindrom tertentu. Anda mesti berusaha lebih kuat berbanding wanita lain yang ingin menurunkan berat badan kerana ada penyakit atau sindrom menyebabkan berat badan lambat atau sukar turun walaupun dengan melakukan senaman atau mengurangkan berat badan. Anda mungkin ingin mendapatkan bantuan pakar pemakanan yang ada di kebanyakan hospital.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Fizikalperempuan_kudratlelaki/Article/index_html
Arkib Blog
-
▼
2012
(700)
-
▼
April
(19)
- Kisah Seram Di Sebalik Tesco Mergong
- kumpulan staccato
- Kord Gitar Ombak Rindu
- Kumpulan Justice
- Kord gitar - Terukir di Bintang -Yuna
- Kumpulan Rock Melayu Kalahari
- Kord Gitar -Carta Hati -Najwa Latif
- Kumpulan Mercury
- Kord Gitar -Ku Pinang Kau dengan Bismillah -Ungu ...
- 30% peralatan komunikasi tidak patuhi piawaian SKM...
- Kord Gitar -Sakinah -xpdc
- Komputer fair Minggu ini
- Gempa Bumi di Kuala Lumpur , Pulau Pinang dan Perak
- Fizikal Perempuan, Kudrat Lelaki
- Senarai Homesatay Di Sungai Petani Kedah
- Isteri Mahu di liwat -Kisah benar
- Mk jenama gitar man keedal
- Senarai Homestay Murah di Pulau Pinang
- Senarai Homestay di Bukit merah
-
▼
April
(19)