SAYA berumur 23 tahun dan berkahwin dua tahun lalu. Masalahnya, sehingga kini saya masih dara. Dalam hati memang saya teringin untuk mengandung dan memiliki anak tetapi saya terlalu takut.
Kami pernah cuba melakukan hubungan kelamin tetapi tidak berjaya kerana berasa sangat sakit.
Mujur suami memahami dan tidak memaksa. Adakah saya berdosa dan dikategorikan isteri derhaka kerana tidak menunaikan tanggungjawab?
ANIS
Petaling jaya
Antara tanggungjawab seorang isteri ialah melayani nafsu kelamin suami. Berdosa seseorang isteri jika menolak kemahuan suami tanpa sebarang sebab munasabah.
Perkahwinan yang sah menghindar perbuatan dilarang seperti berzina dan beronani.
Untuk mendapat kenikmatan, suami isteri perlu ada kesefahaman ketika bersama.
Insya-Allah jika kena caranya, akan hilang rasa sakit.
Justeru, segeralah berjumpa pakar perbidanan yang boleh menasihati cara puan dan suami dapat menikmati hidup berumah tangga.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duatahunberkahwinmasihperawan/Article/index_html