D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Januari 2012

Masalah Budak 7 Tahun Memiliki Satu Testis sahaja


gambar sebagai hiasan sahaja


ANAK lelaki saya yang berumur tujuh tahun dan berat 21 kilogram hanya mempunyai testis di sebelah kanan.

Selepas merujuk kepada hospital kerajaan baru-baru ini, doktor mencadangkan pemeriksaan lanjut untuk memastikan keadaan testis di sebelah kirinya.

Justeru, pembedahan perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan sebenar. Namun, saya ragu-ragu untuk memberi kebenaran kerana risaukan anak saya yang masih kecil selain takut pembedahan itu menyakitkan dan mempengaruhi keadaan kesihatannya pada masa depan.

Saya juga bertanya rakan dan pandangan mereka pelbagai, ada yang berkata teruskan pembedahan dan ada yang kata jangan. Saya juga membawa anak saya berurut dan tukang urut kata testis itu masih ada.

Adakah alternatif lain selain pembedahan?



BOY
Pahang



Anda mendapati anak anda mempunyai satu buah zakar saja. Adakah dia mempunyai dua buah zakar pada waktu dilahirkan dan kemudian didapati hanya satu buah zakar yang jelas dapat dirasa?

Jika sejak lahir dia hanya ada satu buah zakar, cara yang terbaik untuk anak saudara ketika itu ialah menurunkan buah zakar yang tersangkut kembali ke dalam kerandut sebelum dia berumur setahun.

Biasanya lepas setahun, buah zakar yang tersangkut tidak dapat berfungsi dengan baik serta menghasilkan benih ketika dia baligh.

Jika mahu melakukan pembedahan semata-mata untuk kembalikannya ke dalam kerandut, itu tidak dapat membantu kesuburannya. Lagi pun, dia masih ada satu lagi yang mungkin dapat berfungsi dengan baik.

Lelaki yang mempunyai satu buah zakar masih mampu menghasilkan bilangan sperma mencukupi. Jika pembedahan dilakukan untuk mengelak kanser buah zakar, kemungkinan kanser berlaku kepada buah zakar yang tersangkut dalam perut ialah 1 dalam 1,000 hingga 1 dalam 2,500 jika dibandingkan 1 dalam 100 kes buah zakar dalam kerandut.

Lagipun, tiada jaminan buah zakar yang tersangkut dapat dimasukkan kembali ke dalam kerandut serta mengurangkan kemungkinan menjadi kanser.

Jika buah zakar memang ada di dalam badan, ia tentu kecil dan kadangkala tidak dapat dikesan dengan tepat.

Jika dibiarkan, tisu yang kekal masih dapat menghasilkan hormon testosteron apabila anak anda baligh. Namun, ini keputusan anda.

Untuk saya, tidak perlu kerana tidak memberi apa-apa manfaat kecuali jika buah zakar itu dapat diturunkan, ia mudah diperiksa pada masa hadapan.
Adakah saya perlu membenarkan anak menjalani pembedahan dan apakah risikonya?


sumber ; http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapabimbanganakadasatubuahzakarsaja/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog