D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

31 Januari 2012

Ariff Homestay - Langkawi

Homestay
- Ingin Berkunjung Ke Langkawi???
- Jika jawatan anda YA, kami menawarkan kepada anda, homestay yang amat selesa, pelbagai kemudahan disediakan kepada anda. - Yang pasti, percutian anda d Langkawi bersama ariff homestay pasti menjadi memori indah yang akan dikenang sentiasa.

Pelbagai kemudahan di sediakan. Antaranya:-
-Pakej Kereta toyota avanza
-3 bilik (2 berhawa dingin, 1 kipas)
-TV/Astro
-Peti Sejuk
-Mesin Basuh
-Pinggan mangkuk
-Dapur
-Alatan/bahan asas memasak
-Set Meja Makan
-Sofa
-Meja Jepun
-Almari baju
-Ampaian
- Dan pellbagai lagi kemudahan yang kami tak mampu hendak senaraikan

Lokasi:-
-12 minit dari Pekan Kuah
-10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
-500 meter dari Restoran Fatimah
-5 minit ke Makam Mahsuri
-10 Mnit ke Pantai Cenang
-25 minit ke lokasi Cable Car
-10 minit ke beras terbakar
- Dll

Pendek cerita, lokasi ariff homestay, amat strategik.

-Jika anda berminat, sila hubungi en. Arif di talian 0134644801 dengan segera. Kami pasti, anda adalah orang yang betuah, jika dapat menginap di ariff homestay. Lokasi ariff homestay di alamat:

No. 29, Lorong 2,
Taman Sentosa, Jalan Mata Ayer,
Mukim Ulu Melaka,
07000 Langkawi,
Kedah.

Check In: 2.00 ptg
Check Out: 12.00 tgh

Info:
Kami sedia menjemput anda di Jeti Kuah @ Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Matsirat.

Yang Pasti:
KESELESAAN ANDA MATLAMAT KAMI

Tunggu Apa Lagi ????
Hubungi ariff homestay sekarang.

Cikgu Johari Homestay, Pantai Kuala Muda, Langkawi

House and Homestay
Untuk kemudahan para pelancong yang ingin menikmati masa cuti yang bermakna di
Langkawi kami ada menyediakan kemudahan homestay di dua lokasi yang berbeza.
Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di kawasan bandar yang penuh dengan
lokasi membeli belah atau menginap di kawasan tepi pantai yang begitu
mendamaikan!!

2)Homestay Pantai Kuala Muda
(Terletak bersebelahan dengan The Laguna.)

- 2.7 km dari Lapangan Terbang
- 7km dari Pantai Chenang
- 2.5 km dari Beras Terbakar
- 8 km dari Cable Car
- berdekatan pantai
- TV (ASTRO)
- kemudahan memasak
- tambahan tempat tidur

a)Banglo setingkat
(3 bilik tidur berhawa dingin)
RM 200 SEMALAM

b)Rumah Berkembar Setingkat
(2 bilik tidur berhawa dingin dan 1 bilik berkipas)
RM 180 SEMALAM

Adnan Sempit 2


Filem ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita – cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari. Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai ‘idea bernas’ yang pasti akan mencuit hati.


30 Januari 2012

Hantu Dalam Botol Kicap


Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.


Promo HANTU DALAM BOTOL KICAP lakonan Mon Ryanti, Zalif Sidek, Wawa Zainal dan Mikael Andre serta penampilan istimewa Angah Raja Lawak sebagai Hantu Kicap.

Jalan Jalan Cari Makan - Batu Kurau Perak

Kord Gitar Lagu Melayu - Awan Nano Hafiz


Intro : C Am Em F G
Verse 1:
C
Lihat ke arah sana
C Am
Serakan warna dan berarakan awan
Dm
Pabila terik panas C
Segera hadirnya memayungi diri

Verse 2:
C
Pabila kau dahaga
C Am
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Dm
Pabila kau katakan G
Akulah awan itu yang kau mahu


Chorus:
C
Begitulah awan nano
Am
Setia melindungi diri
Em
Tika panas mencuba menggores pipi
F
dan bibirmu

C
Begitulah awan nano
Am
Sering saja tak terduga hadir
Em
Dan tak akan tercapai
F
jejarimu

C
Kasihnya Em F
Kasih tiada banding setia tiada tara
Fm
Bagaimanapun jua
C
Awan kekasih sebenarmu sayang
G F Fm
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...ooo ...




Verse 3:
C
Lihat diriku ini
C Am
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Dm
Sehingga tak mungkin terlupa C
berikan belas sedari dulu


Verse 4:
C
Sehingga tak mungkin termampu saksi
C Am
Setitis pun air matamu kasihku
Dm
Sehingga kau katakan G
Akulah awan itu yang kau rindu

Chorus:
C
Akulah awanmu yang sedia
Am Em
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
F
Dan bibirmu

C
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Am Em
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai
F
jejarimu


C
Kasihku
Em F
Kasih tiada banding setia tiada tara
Fm
Bagaimanapun jua
C
Aku pelindung dirimu sayang
G F Fm
walaupun tak akan tercapai jejarimu...ooo...

29 Januari 2012

1 Set Komputer RM199 - 1 Tahun Jaminan - Computer Fair

dapatkan pelbagai barangan komputer dangan tawaran harga hebat HANYA di
Tapak Parking Kereta Supermarket Aconsave Bandar Puteri Jaya SP
pada 3-6 feb 2012
11pg - 10 mlm
TEL 04-501 2901 / 04-501902





Jangan Pandang-Pandang


Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.

Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.
Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.
Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak.

Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.

Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima.

Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.



Dibintangi oleh ZIZAN RAZAK, SARA ALI, NAS-T, MIERA LEYANA, ANITH AQILAH, AZHAR SULAIMAN.

28 Januari 2012

Siaran Tv Online percuma dan Laju

Tonton TV1, TV2, TV3 dan banyak lagi saluran TV secara online dan percuma.
1. eRama.TV
url : ERAMA TV
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV Al-Hijrah, CCTV, Korea, K-POP

2. Asyik.TV
url :ASYIK TV
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, TV9, Bernama TV

3. TV Online Via FB
url :TV ONLINE
Saluran disediakan : TV1, TV2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, AXN, Star World dan banyak lagi

27 Januari 2012

perlisbudgethomestay

perlisbudgethomestay

HUBUNGI : EN. DALI- 012-5818212 PN. DILAH - 012-5772232 SALAM SATU NEGARA MEMERLUKAN TEMPAT... info selanjut klik sini

BIODATA DATO’ DR HASAN MOHD ALI


BIODATA DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28hb November, 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA 1985.

Dato' Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat berbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang termasuklah:

Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, JPM;
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor,
Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;
Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM;
Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah;
Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan
Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.
Beliau telah meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan Kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).

Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato' Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif untuk menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato’ Dr Hasan mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Di antara program itu termasuklah pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara 'in-house' di tempat pilihan agensi berkenaan.

Melalui AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia), Dato' Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato' Dr Hasan merupakan pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program "Summer Camp", "Smart Learning", Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang adalah diantara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dibidang penulisan, Dato' Dr Hasan telah menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besamya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta dari segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara telah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program Dato' Dr Hasan. Sesungguhnya Dato' Dr Hasan telah membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini .

Dato' Dr Hasan telah diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti MHI, RSB, Nona, Majalah 3 (TV3); SPM, Minda, Forum Perdana Ehwal Islam (RTM). Bersama-sama dengan tenaga professional yang lain, Dato' Dr Hasan telah berjaya melonjakkan program agama dan program-program 'talk-show' menjadi program yang sangat diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan Dato' Dr Hasan merentasi sempadan negara dalam mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.


sumber dari http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/09/exco-kontroversi-hasan-mohd-ali-pkfz.html

daN http://ms.wikipedia.org/wiki/Hasan_Mohd_Ali

Cara Jual Barang Secara Online



Pusat Jualan Barang Baru Dan Terpakai Klik sini

23 Januari 2012

Rahsia di Sebalik Mercun dan Warna Merah Pada Tahun Baru Cina



Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan


MITOS

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[2][3]

Free Fingerprint reader suite dell xps M1330 -win 7


22 Januari 2012

Pusat Percutian Menarik di Batu Kurau Perak







Homestay Chalet Kurau Stone, Batu Kurau, TAIPING Perak menawarkan pakej motivasi kepada murid sekolah dan pelajar IPTA / IPTS dengan fasilitor berpengalaman.

20 hingga 40 peserta
Harga satu aktiviti ialah RM10 seorang
Harga kesemua 8 aktiviti ialah RM25 seorang

1. Flying Fox
2. Jungle Tracking
3. Survival Series
4. Penghayatan Malam
5. Motivasi, ceramah dan Sukaneka
6. Latihan Jasmani dan Senam robik
7. Rawatan Kecemasan Asas
8. Orienteering

Tawaran harga istimewa untuk peserta melebihi 40 orang hingga 200 orang peserta.

-----------------------------------------------------------------------------------------------



Kurau Stone Chalets Batu Kurau Prices

12 Family Chalets
RM85 weekday

Family Chalet Batu Kurau (Gunung / Pinang )
Chalet floor 15 x 15 feet
RM85.00 hingga RM95.00 weekend,
Rm105 Public Holiday
3 to 5 pax per room




2 Couple Chalet Batu Kurau (Bukit)
Chalet floor 10 X 10 feet
RM65.00 hingga RM75.00 weekend,
RM 85 Public Holiday
2 pax + RM15 for extra bed



sumber : http://kuraustone.blogspot.com

21 Januari 2012

GEMPAR !!! 1 Set Komputer Hanya RM269 Beserta Jaminan 1 Tahun



21-25 jan 2012
10pg- 10:30 mlm
Tesco Bakar Arang Sungai Petani Kedah (tingkat 1)
TEL 04-501 2901

Driver HP Quick Launch Buttons Presario C700 Win 7- Free


Driver HP Quick Launch Buttons c700

Password : http://www.muaturunsini.blogspot.com/

Betulkah Mudarat Mandi di Waktu Malam?


ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.

Ekzema

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr. Tan.

Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.

Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.

"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terangnya.

Jadual kerja ketat

Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.

Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.

Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.

"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

Pemulihan badan

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur


sumber http://www.utusan.com.my

20 Januari 2012

Empowering Acer Aspire 4730Z win XP


Microsoft .NET Framework Version 2.0

Acer Empowering Technology Framework Version 2.03.2015 (install this utility first)
Acer eDataSecurity Management Version 2.0.3076
Acer ePerformance Management Version 2.00.2007
Acer ePower Management Version 2.00.2017
Acer ePresentation Management Version 2.00.2008
Acer eRecovery Management Version 2.0.2021
Acer eSettings Management Version 2.03.2015 for french and italian language support
Acer eSettings Management Version 2.03.2014 for other languages
Acer eNet Management Version 2.00.2007
Acer eLock Management Version 2.00.2021

tidak semua software di atas sesuai dengan model laptop acer anda.....
anda boleh cuba software lain seperti di bawah

Aspire 3650 and 3660 Notebook

Acer Empowering Technology Framework Version 2.03.2015 (install this utility first)
Acer ePerformance Management Version 2.00.2007
Acer ePower Management Version 2.00.2016
Acer ePresentation Management Version 2.00.2008
Acer eRecovery Management Version 2.0.2021
Acer eSettings Management Version 2.03.2015 for french and italian language support
Acer eSettings Management Version 2.03.2014 for other languages
Acer eLock Management Version 2.00.2021



Aspire 5600 and 3680

Acer Empowering Technology Framework Version 2.03.2015 (install this utility first)
Acer eDataSecurity Management Version 2.0.3076
Acer ePerformance Management Version 2.00.2007
Acer ePower Management Version 2.00.2017
Acer ePresentation Management Version 2.00.2008
Acer eRecovery Management Version 2.0.2021
Acer eSettings Management Version 2.03.2015 for french and italian language support
Acer eSettings Management Version 2.03.2014 for other languages
Acer eNet Management Version 2.00.2007
Acer eLock Management Version 2.00.2021



Aspire 9410 and 7110

Acer Empowering Technology Framework Version 2.03.2015 (install this utility first)
Acer eDataSecurity Management Version 2.0.3076
Acer ePerformance Management Version 2.00.2007
Acer ePower Management Version 2.00.2016
Acer ePresentation Management Version 2.00.2008
Acer eRecovery Management Version 2.0.2021
Acer eSettings Management Version 2.03.2015 for french and italian language support
Acer eSettings Management Version 2.03.2014 for other languages
Acer eNet Management Version 2.00.2007
Acer eLock Management Version 2.00.2021



Tahukah Anda Simpul Mengkarung ?


TIDUR lena Marlina akhir-akhir ini sering terganggu dengan rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada betisnya akibat kejang otot.

Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika.

Di kalangan masyarakat Melayu gejala yang dialami Marlina juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung'.

Biasanya ia tidak begitu diberi perhatian kerana dianggap sebagai kesakitan biasa dan tidak berbahaya.

Kejang otot biasa dilihat berlaku pada ahli sukan yang 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan.

Namun serangan itu juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.

Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.

Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.

Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.

"Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

"Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Bagaimanapun tegas beliau, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang.

"Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

"Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Terangnya, dalam situasi sedemikian, wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.

Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.

Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.


sumber : http://www.utusan.com.my

Gambar Kereta Terbaru Dato Lee Chong Wei


Bagaimana Rupa Tahi Anda Hari Ini


Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Tahi jenis 1 dan 2

Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Tahi jenis 3 dan 4

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Tahi jenis 5,6 dan 7

Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!


sumber : http://selangor2u.com

18 Januari 2012

Jangkitan Kulat Pada Kulit Zakar - Info Lelaki


PENYAKIT kulit seakan- akan tidak dapat dipisahkan dengan lelaki apatah lagi ia boleh membabitkan kulit kerandut buah zakar.

Kulit kerandut buah zakar adalah daripada jenis kulit yang lembut yang mengandungi lapisan otot lembut, tanpa lapisan lemak walaupun ia mengandungi pundi peluh, folikel rambut dan pundi sebaceous atau pelembap semula jadi yang merupakan bahan pelembap menyegarkan kulit dan mengilatkan bulu roma.

Apabila kekeringan berlaku, kulit kerandut menjadi kering dan terasa gatal dan jika digaru, maka kulit menjadi radang. Dalam keadaan radang, kulit menebal dan berair serta apabila cecair itu kering maka kulit akan meninggalkan kuping.

Jika keadaan berair itu terkena jangkitan, maka infeksi kulit berlaku dan ini dikenali sebagai ‘cellulitis’ atau infeksi kulit. Infeksi boleh menjadi ketara jika tidak dirawat.


Menerusi keterangan ini, kaum lelaki boleh faham betapa mustahak untuk mereka merujuk masalah kulit kepada doktor keluarga dan bukan sekadar menggunakan krim yang dibeli daripada farmasi.


Masalah kulit tadi dikenali sebagai ‘eczema’. Jika kulit radang dan berair, maka eczema itu dikenali sebagai ‘weeping eczema’. Penyakit kulit eczema boleh menjadi kronik dan berkekalan untuk bertahun-tahun lamanya dan jika ini berlaku pada kulit kerandut, ia akan menjadi tebal dan kelihatan macam kulit gajah.

Selain itu, pelbagai masalah kulit boleh berlaku pada kulit kerandut seperti jangkitan kulat yang dikenali sebagai ‘jock itch’ iaitu gatal akibat seluar dalam iaitu alahan kulit akibat penggunaan getah seluar dalam.

Kemudiannya, ia boleh dijangkiti kulat atau akibat jangkitan dengan kuman virus seperti yang dikenali sebagai ‘molluscum contagiosum’ akibat jangkitan kuman virus berkenaan.

Jangkitan ini biasa untuk kanak-kanak dan boleh berlaku kepada kulit di keseluruhan badan. Jangkitan ini boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin juga. Kulit yang terkena jangkitan akan kelihatan gelembung dan dalam gelembung itu ada kuman virus.

Rawatan terbaik ialah dengan mengopek gelembung dengan ubat yang boleh membakar atau melecurkan kulit atau dengan penggunaan ubat nyah virus.

Saya pasti, ramai lelaki di luar sana mempunyai masalah kulit di bahagian zakar dan kerandut mereka. Di sini, saya hanya dapat memberi gambaran tentang masalah kulit saja dan tidak bertujuan untuk menjelaskan cara perawatannya tanpa memeriksa masalah kulit itu.

Jadi, mustahak untuk mereka yang mempunyai masalah sedemikian agar merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Jika masalah itu berteruan, anda boleh minta doktor merujukkan anda kepada pakar kulit.



sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jangkitankulat/Article/index_html

Biodata Ringkas Kitab Suci Al-Quran


Tarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'
Ayat Terakhir : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..

Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan.

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat :
6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk : 30
Jumlah Surah : 114
Ayat Makkiah : 86
Ayat Madaniah : 28

Hukum-Hakam Al-Quran

a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari Qiamat

b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu persoalan Akhlak dan Tasauf

c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :

Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu Ibadah spt solat dan puasa

Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain (negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;

a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)

b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)

c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)

d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)

e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi
(lebih kurang 10 ayat)

f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)

Ciri-Ciri Ayat Makkiah

1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah

2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-Hajj

4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah

5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah

6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran

7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester

8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas hukum syara' dan akhlak serta jenayah

Ciri-Ciri Ayat Madaniah

1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud

2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut

3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab

4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.

5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam

6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam


sumber : http://tayibah.com/eIslam/alquran.htm

17 Januari 2012

Masih Dara Walaupun Sudah 2 Tahun Berkahwin - Soal jwab


SAYA berumur 23 tahun dan berkahwin dua tahun lalu. Masalahnya, sehingga kini saya masih dara. Dalam hati memang saya teringin untuk mengandung dan memiliki anak tetapi saya terlalu takut.

Kami pernah cuba melakukan hubungan kelamin tetapi tidak berjaya kerana berasa sangat sakit.

Mujur suami memahami dan tidak memaksa. Adakah saya berdosa dan dikategorikan isteri derhaka kerana tidak menunaikan tanggungjawab?

ANIS

Petaling jaya



Antara tanggungjawab seorang isteri ialah melayani nafsu kelamin suami. Berdosa seseorang isteri jika menolak kemahuan suami tanpa sebarang sebab munasabah.

Perkahwinan yang sah menghindar perbuatan dilarang seperti berzina dan beronani.

Untuk mendapat kenikmatan, suami isteri perlu ada kesefahaman ketika bersama.
Insya-Allah jika kena caranya, akan hilang rasa sakit.

Justeru, segeralah berjumpa pakar perbidanan yang boleh menasihati cara puan dan suami dapat menikmati hidup berumah tangga.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duatahunberkahwinmasihperawan/Article/index_html

Teknik Penyelesaian Masalah Printer HP 2060,2050

16 Januari 2012

5 tentera sembelih enggang digantung


SHAH ALAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengantung tugas lima anggotanya yang disyaki terbabit menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum, baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar, sekali gus menunjukkan ATM tidak melindungi mana-mana anggotanya yang terbabit kegiatan yang menyalahi undang-undang.


“Siasatan mendapati, mereka menemui spesies burung yang hampir pupus itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas ditembak pemburu haram,” katanya pada majlis sambutan Hari Keluarga Kelab Rantau Bagan Datoh (Kerabad) di Wet World, di sini semalam. Majlis itu dihadiri lebih 2,000 masyarakat Bagan Datoh yang berada di perantauan.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/5tenterasembelihenggangdigantung/Article/index_html

15 Januari 2012

Lelaki Bertindik


SAYA ingin bertanya mengenai hukum bertindik bagi lelaki. Saya mempunyai lubang di sebelah telinga kiri kerana pernah bertindik. Saya kini sudah sedar dan bertaubat atas tindakan itu namun bagaimanakah saya mahu menutup balik lubang terbabit? Adakah saya boleh mewalikan anak perempuan saya jika dia berkahwin kelak dan apakah hukumnya dalam agama mengenainya. Selain itu, adakah solat saya diterima?

SARIF
Jasin, Melaka


Islam ialah agama yang membezakan jantina lelaki dan perempuan. Oleh itu lelaki dan wanita diberi penghormatan melalui cara pakaian, nama dan cara berhias yang berbeza. Bertindik telinga ialah perhiasan yang diberikan kepada wanita. Jika sudah bertaubat letaklah pengharapan yang tinggi pada keampunan Allah. Apabila sudah bertaubat maka harus hukumnya untuk mewalikan anak dan solat yang dilakukan adalah sah.

14 Januari 2012

Pondan ‘antarabangsa’ ditahan dalam serbuan

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Bintang yang terkenal sebagai lokasi hiburan dan kegiatan tidak bermoral pada waktu malam diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat itu, awal pagi semalam.

Serbuan yang dijalankan bermula jam 2 pagi dan berakhir dua jam kemudian menyasarkan wanita dan pondan warga asing yang giat menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks.


Dalam serbuan itu, 34 orang iaitu 19 wanita dan 14 pondan serta seorang pelanggan lelaki ditahan.

Daripada jumlah itu, sembilan wanita ialah warga Afrika, Kemboja (tiga), Vietnam (dua), Indonesia (dua) dan masing-masing seorang warga Filipina, Hong Kong dan Bangladesh.


Manakala 14 pondan iaitu lapan dari Filipina, Thailand (lima) dan Indonesia (satu) serta seorang lelaki Bangladesh yang juga pelanggan turut ditahan.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata serbuan berkenaan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Hotel Sabrina, Changkat Bukit Bintang dan Pub Sutera.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pondan__8216_antarabangsa__8217_ditahandalamserbuan/Article/index_html

Hukum Bedah Siasat Mayat Menurut Islam


SAYA memerlukan penjelasan mengenai hukum mengizinkan bedah siasat ke atas mayat si mati.

Adakah Islam melarang prosedur itu?

NADIA
Ipoh, Perak


Bedah siasat dijalankan bagi tujuan mencari bukti pendakwaan atau pembuktian bagi kes kematian luar biasa seperti dibunuh mahupun kemalangan.


Ia dapat membantu manusia mencari keadilan dalam beberapa kes dan turut mendapatkan pampasan wajar. Bedah siasat adalah harus dan tiada kaitan dengan menyeksa mayat kerana tujuannya murni iaitu mencari kebenaran.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-61 yang bersidang pada 27 Januari, 2004, ketika membincangkan hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah memutuskan bahawa:

“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan jika keadaan darurat dan ada keperluan mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenal pasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan, khususnya dalam bidang perubatan.”


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bedahsiasattakseksamayat/Article/index_html

11 Januari 2012

Bayaran NUFFNANG kepada PCH

Sejarah Kumpulan Lela

Kumpulan Lela adalah sebuah kumpulan remaja yang mula muncul dalam industri hiburan sekitar penghujung tahun 1992. Kumpulan yang berasal dari Melaka ini menggabungkan remaja dari Melaka dan Johor. Album pertama mereka yang menggunakan judul Lela telah berjaya mendapat sambutan yang baik dengan lagu popular Bidadari. Lagu Baizura ini pula dipetik dari album kedua Lela berjudul Motivasi 2 pada tahun 1994.


Sejarah Kumpulan Laksamana



Kumpulan Laksamana merupakan salah satu kumpulan penyanyi Melayu, Malaysia yang mencipta nama sekitar tahun 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Mereka terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta yang mendapat sambutan baik daripada para peminatnya.

Kumpulan Laksamana hanya sempat merakamkan dua album sahaja. Album pertama berjudul Syukur mendapat sambutan hangat dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta. Sementara lagu Bulan Madu Dalam Hempedu dipetik dari album kedua mereka berjudul Resah. Album ini masih mengekalkan konsep yang hampir dengan album terdahulu. Lagu 'jiwa-jiwa' masih menjadi senjata utama kumpulan Laksamana.

Laksamana dianggotai oleh Mizi (bass), Lokman (gitar), Ahmad (dram) dan Nizam Arjuna (penyanyi). Peranah dikenali sebagai kumpulan Ihsan

Syukur '91 - (1991)

Album pertama

* Gugurnya Bunga Cinta
* Itulah Caraku
* Akukah Yang Terlewat
* Kehilangan
* Kita Adalah Sama
* Bunga Berbisa
* Hadirlah Kasih
* Aku Adalah Mentari Mu

Ahli kumpulan Jamier, Lax'mira, Man second, Nizam arjuna
[sunting] Resah '92 - (1992)

* Curang
* Apa Kau Kan Bikin
* Luka Di Kemudian
* Panji Si Dalang
* Kembalikan Irama Cinta Mu
* Bulan Madu Dalam Hempedu
* Lantas Menjulang Resah
* Setelah Mencermin Diri
* Koran Dari Parak
* Bayangan Yang Tak Pasti

Lineup: Rosli - Bass, Man - Gitar, Nizam - Vokal, Syam - Drum

sumber : http://ms.wikipedia.org

10 Januari 2012

Sejarah Kumpulan XPDC


Awal penubuhan

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC.

Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zua. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya masalah dalaman dengan pihak Life Rekod (syarikat rakaman mereka) dan hasutan pihak luar telah menyebabkan studio dan pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula nampak pada XPDC.

Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.

XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.

Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.
[sunting] 2006

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.Pada jun 2006, Asyraf dari kumpulan (Whiterose)salah satu kumpulan dari Sarawak pernah menjadi vokalis sementara XPDC.Suara Asyraf yang di katakan seakan suara Mael pernah juga berusaha untuk mempertahankan XPDC dari lenyap di arena rock.Atas masalah peribadi,Asyraf( Whiterose) telah keluar dari XPDC pada Ogos 2006(memberi laluan kepada Mael).
[sunting] 2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan allahyarham JS Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).
[sunting] 2008

Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.
[sunting] 2009

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada dipasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...

1. Sanasinisamasaja
2. Aku Tetap Aku
3. Ntahye Ntahtidak
4. Rasopariso
5. Rasa
6. Puing Cinta
7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

1. Curahan Rasa
2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

1. Raja Kertas (Darjah Satu)
2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
3. Bahalol (Kita Peng Yu)
4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

Terkencing Ketika Bersama Suami


SAYA sudah tujuh tahun berkahwin dan mempunyai dua anak. Sejak kebelakangan ini (selama seminggu lalu), saya terkencing apabila melakukan hubungan intim bersama suami.

Air kencing keluar tiba-tiba tanpa amaran. Saya keliru dengan masalah ini.
Adakah kemungkinan saya menghidap penyakit berkaitan uterus atau serviks?


Adakah saya perlu berjumpa doktor atau melakukan kaedah rawatan tradisional untuk menyelesaikan masalah saya ini?

SUE,
Gombak, Selangor




SEELOKNYA anda berjumpa pakar sakit puan, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pengkhususan bidang uro-ginekologi. Keadaan inkontinens urin ini mungkin berkait dengan ‘pintu’ sfinkter pengawal bukaan urethra, saraf, penurunan takat pundi kencing atau pintu sfinkter, peradangan pundi kencing dan seumpamanya.


petikan dari : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takdapatkawalkencing/Article/index_html

9 Januari 2012

Siapa Sebenar Nur Amalina Che Bakri


Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Haria

sumber : http://www.syokdownload.com/2012/01/biodata-nur-amalina-che-bakri.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog