
utk lebih lanjut klik sini :- http://denaihati.com/top-10-link-referrer-dan-commentator-oktober-2011
100 biji telur
1 botol kicap
**300gm ketumbar
**150gm jintan manis
**150 gm jintan putih
** ditumbuk
garam agak-agak secukup rasa
bahan-bahan dibawah kuantitinya ikut suka
serai dan daun serai
kulit bawang
daun senduduk
daun jambu batu
daun kunyit
daun lengkuas
Cara..
1. Susun telur dengan bahan-bahan ramuanya secara berlapis-lapis dalam periuk.
2. Tuangkan kicap dan garam secukup rasa. Kemudian direbus dengan api kecil hingga mendidih.
3. Ulangi proses merebus selama paling kurang 3 hari atau sehingga putih telur dah bertukar menjadi warna kelabu..Siap.
2/3 biji terung ( dibelah dua )
1 mangkuk santan pekat
1 paket serbuk kari ikan (bancuh dengan air )
1 sudu kerisik
sedikit udang kering (agak-agak le)
garam & gula secukup rasa
minyak untk menumis
Bahan untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris )
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris )
sedikit Kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga lawang ,daun kari
Cara :
1. panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya ...
2. masukkan udang kering masak hingga wangi
3. Masukkan sebuk kari yang telah di bancuh dengan air ,masukkan garam & kerisik masak dengan api perlahan sehingga naik minyak
4. masukkan santan terung & gula masak hingga pekat
Cuba la, makan dengan ikan masin & nasi panas… huh sedap nya
Sayur kailan
Sepotong ikan masin tenggiri (basah)
Bawang merah
Bawang putih
garam
Cili besar
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukan ikan masin yang telah di buang tulangnya.
3. Goreng sehingga ikan masak dan garing.
4. Masukan sayur kailan, masukkan garam dan cili besar yang telah di hiris.
5. Goreng semua sehingga sayur masak. (Masak sekejap sahaja jangan sampai sayur terlalu masak)
1 Biji Peria Besar
20 Tangkai Cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
udang kering/ikan bilis
garam
gula
1 sudu makan sos tiram
kalau suka masukkan kiub pati ikan bilis sikit
asam jawa sikit kalau nak masam, tak ada tak apa
caranya:
1. blender cili kering dan potong kecil-kecil semua bahan yang lain dan tumis macam kita buat sambal tumis biasa.
2. akhir sekali baru masak peria
Bebahan
1 biji kelapa
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci persegi belacan (yang hitam tu bagus)
1 batang serai
½ helai daun kunyit.
½ genggam ikan bilis
2 biji buah keras (ditumbuk lumat)
cili padi (ikut pedas sendiri)
2 batang cili hijau.
garam secukupnya.
½-1 inci kunyit hidup.
1 keping asam keping.
pisang muda (dibuang kulit ari) potong ikut suka.
cecara..
1. kelapa ambil santan agak secawan (pekat). Perahan kelapa kedua dalam tiga cawan air. Kalau kurang boleh tambah lagi sikit.
2. bawang, b. putih, cili api, kunyit, garam di tumbuk.
3. Panaskan 3 cawan santan tadi dalam periuk dan masukkan bahan (2).
4. Belacan ramas dengan air dan masukkan dalam (3).
5. serai dan daun kunyit masukkan setelah kuah mendidih sedikit.
6. masukkan ikan bilis, pisang dan asam keping, kacau jangan biarkan kuah beku. masukkan cili hijau bulat bulat.
7. bila pisang 1/2 masak, masukkan santan pekat, monitor rasa garam selalu, dan jangan biarkan kuah beku, kacau selalu. masukkan buah keras tumbuk.
8. bila pisang sudah masak, angkat, dan hidangkan.
makan bertambak menyelera dengan ulam daun selon, dan sambal belacan.