Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Guru
agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar
tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara
tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini
kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak
langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’.
Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di
tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga
membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan
Pasir dan Mas.
Rujukan- http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=42&spesifik_id=149§ion=sm03
- Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah
dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar
Book International.
- Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
- Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
- Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications
- Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah
dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar
Book International.