D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 April 2015

Remaja d tembak mati

Israel tembak mati remaja Palestin

Baitulmuqaddis: Polis Israel menembak mati seorang remaja Palestin selepas mangsa didakwa cuba menikam anggota polis di barat Baitulmuqaddis, semalam.

Jurucakap polis Israel, Luba Samri berkata, remaja berusia 17 tahun itu menghampiri satu sekatan jalan raya di bandar ini pada awal pagi semalam.

Katanya, remaja itu tiba-tiba mengeluarkan pisau pemotong daging dan cuba menyerang anggota polis Israel yang bertugas.

Tambahnya, anggota polis Israel terpaksa menembak mati remaja itu selepas dia enggan membuang senjatanya.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas seorang lelaki Palestin berusia 37 tahun merempuh sekumpulan penduduk Israel dengan keretanya.

Serangan yang berlaku berhampiran bandar itu menyebabkan seorang lelaki Israel terbunuh dan seorang lagi wanita cedera parah.

Sejak beberapa bulan lalu, serangan terhadap warga Israel oleh penduduk Palestin yang menggunakan kereta dan pisau sebagai senjata semakin meningkat.

Serangan semakin meningkatkan dibimbangi boleh mencetuskan semula kebangkitan penduduk Palestin di wilayah itu. - AP sumber http://www.hmetro.com.my/node/46367?m=1

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog