D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

17 April 2013

Lihat P.Ramlee Kena 'Boo' Sedarkan Jamal Abdillah



                       

Jamal (kiri) menyerahkan cek bernilai RM2,000 kepada Zed Zaidi sambil diperhatikan Mohamed Juhari (kanan) dan Faridah Ishak.

KUALA LUMPUR: Pengalaman menyaksikan bagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak diterima peminat apabila beliau kena ‘boo’ dalam satu persembahan pentas benar-benar memberi pengajaran besar kepada bintang pop, Jamal Abdillah.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dan ia turut mengundang rasa takut ketika memikirkan bagaimana peminat menolak karya-karya Allahyarham semasa zaman kejatuhannya pada tahun 1970-an.

“Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor.

“Ketika P.Ramlee muncul, dia kena ‘boo’. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut,” katanya kepada mStar Online.

Jamal ditemui pada majlis sidang media kedua, ‘Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

                        
Konsert yang akan menghimpunkan lagu-lagu P. Ramlee itu bakal di adakan di Istana Budaya di sini dari 30 Mei sehingga 2 Jun depan. Ia menelan kos hampir RM500,000.

Jamal berkata, peristiwa Allahyarham tidak lagi diminati itu membuatkan dia sedar kejadian yang sama boleh berlaku kepada mana-mana artis termasuklah dirinya suatu hari nanti.

Katanya, dalam menghadapi situasi itu, dia perlu memikirkan banyak perkara agar legasi seni yang ada pada dirinya tidak terus hilang begitu sahaja.

“Saya rasa benda ini akan berulang pada kita yang sudah ‘lama’ ini. Apa yang perlu, bagaimana kita nak kekalkan momentum diri kita ini agar tidak menjadi seperti itu,” ujarnya.


SUMBER : http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/04/jamal-pernah-lihat-pramlee-kena-boo.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog