London: Pemilik
BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah melalui telefon pintar
mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian yang mampu menghebahkan
aktiviti itu kepada semua kawan mereka.
Kemudahan baru dikenali
sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu direka untuk pengguna yang
gemar berkongsi video muzik atau lucu di YouTube. Bagaimanapun,
sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip video lucah melalui
telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti itu akan dimaklumkan
kepada rakan mereka secara automatik.
Seorang pengguna yang
menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry memuat naik paparan
menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton video lucah. Sementara
itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan berkenaan perlu dihidupkan
terlebih dulu sebelum dapat digunakan.
Namun, beberapa pengguna
mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry
dan terpaksa mematikannya sendiri. - The Sun