D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

6 Ogos 2012

Bonjolan Berbau Pada Kemaluan

SAYA berusia 33 tahun dan baru berumah tangga hampir dua tahun. Kitaran haid saya tidak teratur iaitu ia datang pada awal bulan dan hujung bulan yang sama. Saya juga ada masalah ketumbuhan benjolan pada bahagian dinding tepi lubang faraj. Ia mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dan gatal-gatal. Sudah pelbagai cucian faraj yang saya gunakan, tetapi tidak berkesan. Kini saya gunakan sejenis cucian faraj yang membuatkan gatal hilang, tetapi bau terbabit tetap ada. Apakah pandangan doktor mengenai masalah ini? Selain itu, saya juga inginkan panda�ngan doktor mengenai suami saya yang menghidap kencing manis. Adakah penyakitnya itu akan mengurangkan sperma�nya?
INSAN RUNSING, Jelebu,

Negeri Sembilan BENJOLAN yang anda alami berkemungkinan cyst kelenjar Bartholin yang sudah dijangkiti kuman, ini dinamakan abses Bartholin. Selain abses Bartholin, ia mungkin sejenis bisul kulit. Eloklah anda menjalani pemeriksaan pakar sakit puan. Jika benar ia sejenis abses, ia perlu dikeluarkan melalui prosedur kecil saja serta anda dibekalkan antibiotik bersesuaian. Bau yang kurang menyenangkan mungkin turut datang dari dalam faraj, lazimnya ia ada kaitan dengan jangkitan kuman di dalam faraj. Berhati-hati dalam penggunaan cecair pencuci kerana: Jika tidak dibersihkan dengan air dengan mencukupi, sisa cecair pencuci terbabit boleh memberi kesan kepada dinding dan persekitaran faraj. Penggunaan cucian berlebihan juga boleh mengurangkan atau mencairkan asiditi faraj, ini mendedahkan faraj kepada jangkitan kuman. Penyakit kencing manis, jika ia menyebabkan masalah ereksi dan ejakulasi, boleh mengurangkan peluang kesuburan pihak lelaki. Bagaimanapun ia tidak semestinya mengurangkan sperma. Anda tidak menyatakan sama ada suami anda sudah pun menjalani ujian air mani. Eloklah suami anda menjalani ujian air mani bagi mengetahui keadaan spermanya.INSAN RUNSING, Jelebu, Negeri Sembilan BENJOLAN yang anda alami berkemungkinan cyst kelenjar Bartholin yang sudah dijangkiti kuman, ini dinamakan abses Bartholin. Selain abses Bartholin, ia mungkin sejenis bisul kulit. Eloklah anda menjalani pemeriksaan pakar sakit puan. Jika benar ia sejenis abses, ia perlu dikeluarkan melalui prosedur kecil saja serta anda dibekalkan antibiotik bersesuaian. Bau yang kurang menyenangkan mungkin turut datang dari dalam faraj, lazimnya ia ada kaitan dengan jangkitan kuman di dalam faraj. Berhati-hati dalam penggunaan cecair pencuci kerana: Jika tidak dibersihkan dengan air dengan mencukupi, sisa cecair pencuci terbabit boleh memberi kesan kepada dinding dan persekitaran faraj. Penggunaan cucian berlebihan juga boleh mengurangkan atau mencairkan asiditi faraj, ini mendedahkan faraj kepada jangkitan kuman. Penyakit kencing manis, jika ia menyebabkan masalah ereksi dan ejakulasi, boleh mengurangkan peluang kesuburan pihak lelaki. Bagaimanapun ia tidak semestinya mengurangkan sperma. Anda tidak menyatakan sama ada suami anda sudah pun menjalani ujian air mani. Eloklah suami anda menjalani ujian air mani bagi mengetahui keadaan spermanya.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Benjolanberbau/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog