D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Januari 2011

Homestay di Kota Bharu Kelantan - MY Guest House

Homestay di Kota Bharu - MY Guest House

MY Guest House adalah ditubuhkan berasakan konsep Homestay. Ianya dibina atas tujuan memberi kemudahan penginapan yang ekonomik dan selesa kepada pengunjung ke negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.

MY Guest House ini terletak dikawasan yang strategik bagi pelancong-pelancong serta pelawat dalam bentuk berkumpulan ataupun secara keluarga untuk menginap. Secara tidak langsung setiap mereka akan merasa selesa dan bahagia untuk menginap di Homestay kami. Matlamat kami juga adalah memberi satu kemudahan penginapan yang dapat menampung keperluan percutian, rombongan perkahwinan dan berkumpul untuk hari keluarga.

MY Guest House ini terletak berhampiran dengan Pusat Membeli-Belah ala-ala Uptown serta Pasar Borong ( Pasar Wakaf Che Yeh ). Ianya terletak dalam lingkungan 2 KM dari pasar tersebut. Ianya juga hanya terletak antara 5 - 6 Km dari Bandar Kota Bharu.

Bagi Penginap yang tinggal di sini, mereka akan mempunyai pelbagai kemudahan seperti makanan, minuman, membeli belah malah serta beriadah. Di sini terdapat pelbagai gerai-gerai makanan bagi mengisi perut. Sama ada di bungkus atau dinikmati di gerai tersebut. Bagi beriadah dalam kumpulan pelawat yang ramai, kami juga mempunyai dewan futsal yang selesa dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Dilengkapi dengan 5 Bilik tidur yang mana, setiap bilik tidur akan dilengkapi dengan katil queen, cermin solek, serta kemudahan tandas. Selain itu, MY Guest House dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektrik seperti peti sejuk, TV, cerek elektrik serta ruang makan & tamu yang luas untuk beristirehat selepas penat berjalan-jalan. Bagi bilik tidur utama, ianya dilengkapi dengan sistem hawa dingin (air-cond).

Jika terdapat keperluan tempat penginapan yang lebih , rangkaian MY Guest House Alliance berupaya memenuhinya.

Kami juga menyediakan kemudahan tambahan saperti meja ping-pong , BBQ set dan khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan untuk tujuan makan malam beriadah sekeluarga. Perkhidmatan katering boleh diuruskan mengikut saiz kumpulan.

Kadar sewa adalah bergantung kepada jenis bilik yang diingini.
Bilik Tidur Utama, 2 & 5 - RM 70/semalaman
Bilik tidur 3 & 4 - RM 60/semalaman.

Manakala untuk kadar sewa bagi Satu (1) unit rumah adalah RM280/malam. Pihak kami akan memberikan diskaun jika menginap lebih daripada 2 malam.

Jika berminat, boleh menghubungi : Puan Hasmah (09-7441734) & SMS/Call En. Hanapi (013-9801734)



Bilik Utama
Bilik 2



Bilik 3

Bilik 4

Bilik 5 (Bawah)

Ruang Tamu

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog