D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

9 Januari 2011

Khatan- Lelaki Shj

MUSIM cuti panjang persekolahan setiap penghujung tahun, membuatkan ramai ibu bapa Islam di negara ini mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka berkhatan.

Ramai yang mengambil kesempatan itu bagi mengikut sunnah Rasulullah SAW kerana berkhatan bagi lelaki mampu mengatasi kesulitan daripada najis yang sukar dibersihkan.


Kesempatan musim cuti sekolah itu diambil kerana peringkat usia yang afdal adalah ketika masih kanak-kanak iaitu sebelum akil baligh dan lebih elok jika bayi terus dikhatan selepas dilahirkan dan ini lazim dilakukan oleh orang Arab kerana memudahkan urusan sembahyang bagi ibu bapa.

Meskipun kebanyakan ulama menyatakan berkhatan adalah wajib ketika seseorang anak itu hampir baligh, namun masa paling afdal ialah pada hari pertama kelahiran.


Hal ini berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Jabir katanya, bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh selepas kelahiran mereka.


Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: “Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah.” Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya, “Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan.” Setiap amalan yang disyariatkan Allah SWT mempunyai hikmah dan kelebihannya. Amalan berkhatan mempunyai faedah pada aspek kesihatan.

Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan.


Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar daripada Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/ AIDS berbanding lelaki yang tidak berkhatan.

Ini mungkin kerana kulit penghujung alat kelamin lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung alat sulit itu tercedera apabila ia tertarik.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog