D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

11 Januari 2011

Masalah Payudara Gatal

SAYA berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kegatalan pada kedua-dua payudara saya iaitu di tempat yang berwarna coklat gelap. Akibatnya ia luka kerana saya kerap menggaru.

Sehelai rambut juga tumbuh dengan aktif pada kawasan itu. Saya mula alami masalah ini sejak tiga tahun lalu, tetapi lepas itu, ia berhenti. Kini masalah itu datang semula dan sudah sebulan saya mengalaminya. Adakah ia petanda sebarang penyakit? Apa yang patut saya lakukan?

DILEMA
Balik Pulau

KAWASAN sekeliling puting payu dara yang berwarna coklat gelap itu dinamakan areolar. Kegatalan mungkin disebabkan oleh keadaan permukaan kulit yang kering, akibat trauma geselan dengan baju dalam, tindak balas lelehan atau peluh daripada kelenjar rerambut yang tumbuh itu atau mungkin penyakit lain. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan fizikal. Sekiranya didapati tiada punca yang merisaukan, doktor mungkin akan menasihatkan anda untuk menyapu krim berunsur mentega untuk melembapkan kulit areolar serta agar anda bertukar kepada saiz baju dalam yang lebih longgar atau tidak memakai baju dalam apabila di rumah.

TEKS DARI http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/indexc_html?category=TPpsPuan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog