D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

7 Julai 2010

Bihun jijik di Seberang Prai

KUALA LUMPUR: Hanya pemidang plastik memisahkan tempat memproses mihun dengan kandang babi ketika serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas sebuah kilang di Seberang Prai, Pulau Pinang, minggu lalu.

Kilang jijik itu terbongkar selepas penguat kuasa terhidu bau najis babi ketika melakukan pemeriksaan mengejut mengenai penggunaan logo halal ke atas operasi kilang terbabit, kira-kira jam 11 pagi. Sumber berkata, pegawai Jakim, Jabatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( JAIPP) dan kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) memeriksa kilang itu berdasarkan kesangsian terhadap maklumat makanan yang mempamerkan sijil halal Jakim pada bungkusan makanan.


“Ketika serbuan dilakukan, lebih 20 pekerja kebanyakannya warga tempatan memproses mihun menggunakan mesin khas. “Tetapi, pegawai Jakim gagal menemui bungkusan plastik yang ada logo halal Jakim seperti dilaporkan. Pemilik kilang seolah-olah tahu kehadiran penguat kuasa dan berkemungkinan menyembunyikan plastik bungkusan itu,” katanya.


Katanya, berdasarkan maklumat, pemilik kilang mengedarkan mi dan kue tiaw yang dihasilkan syarikat lain, namun hanya menggunakan logo halal bertulisan jawi tanpa menggunakan logo Jakim. “Pekerja kilang yang kebanyakannya Melayu ditemui enggan membuka mulut bagaikan merahsiakan sesuatu. Malah, semua mihun siap diproses sebaliknya dimasukkan ke dalam bungkusan plastik tanpa logo dan label seberat 5 kilogram setiap satu. “Namun, pegawai agama mula sangsi sejurus terhidu bau busuk sebelum menyelak plastik penghadang di tepi premis dan mendapati beratus babi diternak di ruang bersebelahan kilang makanan terbabit,” katanya. Menurutnya, tindakan pihak pengilang makanan terbabit yang beroperasi bersebelahan ladang babi amat dikesalkan berikutan ia dibimbangi membawa ancaman penyakit selain bau busuk yang menusuk dari najis haiwan berkenaan. “Apa menghairankan semua pekerja Melayu terbabit seolah-olah ‘kebal’ dan tidak kisah dengan situasi terbabit, apatah lagi sanggup berdepan dengan bau busuk terbabit hampir saban hari,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah ketika dihubungi berkata, kilang terbabit pernah disiasat beberapa kali pihak berkuasa berikutan isu kebersihan. Bagaimanapun, katanya, tindakan tidak boleh diambil Jakim berikutan pemilik kilang tidak menyalah guna logo halal Jakim sebaliknya hanya menggunakan perkataan jawi ‘halal’ pada bungkusan. “Namun, saya percaya mihun keluaran kilang itu tidak hanya dibeli pengguna bukan Islam berikutan ia turut dijual menggunakan pelbagai jenis peket dan jenama berlainan yang tertera ‘halal’. “Tindakan ini j



elas sesuatu yang boleh mengelirukan pengguna dan menyangka mihun terbabit selamat dan halal dijamah. Apa yang pasti pemiliknya dinasihatkan berpindah lokasi, selain mendapatkan sijil halal sah daripada Jakim, namun tidak dipatuhi,” katanya.


Menurutnya, pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika membeli makanan basah, terutama dalam bungkusan dan hanya memilih makanan mempunyai logo halal Jakim yang sah.



teks dari mymetro

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog