D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Mei 2010

kamen rider versi melayu

Artikel ini adalah mengenai siri asal Kamen Rider. Untuk maklumat mengenai rangkaian siri-siri Kamen Rider, lihat siri Masked Rider

Kamen Rider (仮面ライダー,atau "Masked Rider" atau dalam Bahasa Melayu "Penunggang Bertopeng") adalah sebuah siri rancangan televisyen Jepun yang popular dan berjaya dicipta oleh Shotaro Ishinomori (石ノ森 章太郎). Ditayangkan buat pertama kali di TV Asahi(sebagai siri televisyen dan manga dalam Shounen Magazine) pada tahun 1971. Digambarkan sebagai jawapan kepada spider-Man. Siri ini adalah salah satu produksi siri Tokusatsu yang menonjol dari Jepun selain Ultraman, Super Sentai, dan Metal Heroes.

Pada tahun 1970, semasa siri ini masih lagi dalam perkembangan, pencipta Shotaro Ishinomori mencipta sebuah manga 100 muka surat bertajuk Skull Man sebagai sebuah versi peribadinya sendiri. Diterbitkan oleh Shounen Magazines, siri tersebut adalah sebuah kejayaan yang amat besar, dijual sebanyak 1.5 juta salinan. Pengeluar di Toei Company Ltd. menggunakan manga tersebut sebagai asas tetapi dengan beberapa perubaham kerana manga tersebut terlalu gelap dan ganas(walaupun hanya sedikit) untuk rancangan kanak-kanak. Untuk rancangan tersebut, Ishinomori melukis beberapa rekaan termasuk versi belalang. Oleh kerana rancangan tersebut untuk kanak-kanak beliau membiarkan anaknya Jo Onodera (小野寺 章 Onodera Jō) yang berusia 5 tahun memilih salah satu rekaan tersebut. Anaknya itu akhirnya memilih versi belalang tersebut,yang kemudian dipanggil "Masked Rider Hopper King". Nama "Hopper King" dipadamkan dan siri itu dihasilkan.


sumber : wikipedia

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog