D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Februari 2010

kereta api pertama di malaysia - Taiping Pord Weld


sejarah sistem keretapi di negara ini bermula pada 1 Jun 1885 apabila jalan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang menyambung Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8 ¼ batu di buka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang pertama ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan berjumlah £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.



Tujuan utama jalan keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Jalan keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi pertama di negara ini.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog