D

24 Disember 2012

Masalah kulit di kemaluan



KULIT lapisan kerandut buah zakar adalah kulit yang tipis, lembut dan mengandungi pembuluh darah yang banyak serta lapisan otot lembut digelar 'Dartos'. Apabila otot lembut mencengkam, kerandut buah zakar mengecut dan menjadi padat.
Jika otot itu lega, kerandut buah zakar akan mengendur. Terdapat banyak bulu roma yang tebal di keseluruhan kulit kerandut buah zakar, selain pundi pelembap semula jadi dan juga pundi peluh.

Kerandut buah zakar ini mengawal suhu buah zakar supaya kilang sperma sentiasa aktif. Jika bulu roma dicukur dan kebetulan pundi pelembap semula jadi terkandas, maka benjolan akan kelihatan di kawasan yang dicukur.

Jarang kali pundi pelembap semula jadi itu radang dan benjolan di bahagian kulit itu kelihatan seperti jerawat. Jika dipicit akan keluar cecair bewarna kekuningan. Jarang kali kulit kerandut buah zakar kelihatan bertompok seperti ada takungan darah beku. Keadaan ini adalah semula jadi dan ketumbuhan ini dikenali sebagai 'Angiokeratoma' iaitu ketulan kupingan lapisan kulit pembuluh darah yang muncul berdekatan kulit.

Jika kulit itu tercedera seperti ketika tersentuh dengan kuat atau melecet, darah akan mengalir keluar. Untuk menghentikan darah itu, bahagian yang luka perlu ditekan dengan pembalut atau 'bandage'.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini iaitu masalah ketulan darah seakan-akan darah beku, anda berkemungkinan mengalami penyakit atau masalah kulit yang bergelar 'Angiokeratoma'.

Jika ketumbuhan itu pecah, cara menghentikan pengeluaran darah ialah dengan menggunakan ais untuk membekukan pendarahan itu. Masalah kulit ini tiada penawar. Namun ia bukan kanser dan ia 'tidak merbahaya. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketulan itu boleh muncul di mana-mana bahagian kerandut buah zakar.

Anda boleh rujuk kepada doktor untuk mengesahkan masalah sebenar. Jika masalah kulit adalah seperti yang saya katakan tadi iaitu 'Angiokeratoma', ia adalah penyakit yang tidak mempunyai penawar.

Begitupun, cara untuk mengendalikan ketumbuhan yang berdarah itu ialah dengan membekukannya iaitu mengunakan laser atau membalut dengan pembalut atau 'bandage'.

Ingin saya jelaskan di sini, jika penyakit itu adalah 'Angiokeratoma', hanya satu cara untuk merawatnya iaitu dengan pembedahan 'kosmetik' iaitu rawatan secara luaran saja. Saya pasti, ramai golongan lelaki di luar sana menghadapi masalah seperti ini kerana saya kerap menerima soalan sedemikian. Jadi, segera berjumpa pakar atau doktor dan kenal pasti adakah ia seperti yang saya maksudkan atau tidak.-SUMBER

Mayat Jururawat Ditipu Tiba di India


MANGALORE, India - Mayat jururawat Hospital King Edward VII, London, Jacintha Saldanha, 46, yang ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya kerana ditipu dua penyampai radio dari sebuah stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles tiba di sebuah lapangan terbang di sini semalam untuk dikebumikan.-SUMBER

Majlis pengebumian Saldanha dijangka berlangsung pada hari ini di kampung halaman suaminya, Benedict Barboza di Shirva kira-kira 50 kilometer dari Mangalore.

Barboza bersama-sama kedua-dua anaknya Lisha, 14, dan Junal, 16, mengiringi jenazah Saldanha sepanjang penerbangan ke sini.

Paderi Gereja Our Lady of Health, Stany Tauro berkata, mayat Saldanha akan dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Seramai 5,000 orang dijangka hadir pada majlis tersebut.

Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.

Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.

William ialah cucunda ratu tersebut.

Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.

Kedua-dua penyampai stesen radio 2Day FM, Michael Christian dan Mel Greig bertindak memohon maaf dalam satu wawancara di televisyen pada minggu lepas.

Ekoran penyamaran itu, kedua-dua penyampai radio tersebut menerima kritikan pelbagai pihak kerana menyebabkan kematian yang tragis itu.

Laporan di akhbar Sunday Times semalam menyatakan Saldanha terlibat dengan perbalahan bersama seorang rakan setugasnya sebelum kematiannya.

Dia juga dilaporkan tidak gembira yang layanan yang diberikan pihak pengurusan hospital ekoran kejadian tersebut.

Kelmarin, sejumlah pelajar India berarak ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di New Delhi bagi menuntut keadilan terhadap kematiannya. - Agensi

9 Bulan Tinggal Atas Pokok Kerana Isteri Curang


MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. 

Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan. 

Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.

Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.

Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.

Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.

“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.

Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu.-SUMBER

SUDU

Arkib Blog