D

Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan

25 Jun 2015

bolehke menetek anak di bulan puasa

Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah stigma yang seringkali kita dengar bahkan seringkali disogokkan oleh kebanyakan orang.
Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.
Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu- ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan peri pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.

18 Jun 2015

PAHALA SOLAT TERAWIKH HARI PERTAMA HINGGA KE 30

Di Bab Keistimewaan Ramadhan dari Ali bin Abi Thalib RA bahwa dia berkata :  
Nabi Muhammad SAW ditanya tentang keutamaan-keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian Beliau menyampaikan  "Seorang Muslim yang melaksanakan Sholat Tarawih dari Malam Pertama hingga Malam Terakhir (Ke-29 atau 30), maka Fadhilah (Kebaikan) yg Allah SWT sediakan baginya pada tiap malam adalah"
1. Orang mukmin keluar dari dosanya pada malam pertama, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya.
2. Dan pada malam kedua, ia diampuni dan juga kedua orang tuanya (diampuni dosa-dosanya), jika keduanya mukmin.
3. Dan pada malam ketiga, seorang malaikat berseru dibawah ‘Arsy: “Mulailah beramal, karena ALLOH telah mengampuni dosamu yang telah lewat.”
4. Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran).
5. Pada malam kelima, Allah SWT memeberikan pahala seperti pahala orang yang shalat di Masjidil Haram, Masjid Madinah (Nabawi) dan Masjidil Aqsha.
6. Pada malam keenam, Allah SWT memberikan pahala orang yang berthawaf di Baitul Makmur dan dimohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas.
7. Pada malam ketujuh, seolah-olah ia mencapai derajat Nabi Musa AS dan kemenangan Beliau atas Fir’aun dan Haman.
8. Pada malam kedelapan, Allah SWT memberinya apa yang pernah Allah SWT berikan kepada Nabi Ibrahin as
9. Pada malam kesembilan, seolah-olah ia beribadat kepada Allah SWT sebagaimana ibadatnya Nabi Muhammad SAW
10. Pada Malam kesepuluh, Allah SWT mengkaruniai dia kebaikan dunia dan akhirat.
11. Pada malam kesebelas, ia keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.
12. Pada malam keduabelas, ia datang pada hari kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
13. Pada malam ketigabelas, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala keburukan.
14. Pada malam keempat belas, para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahwa ia telah melakukan shalat tarawih, maka Allah SWT membebaskannya dari Hisab pada hari kiamat.
15. Pada malam kelima belas, ia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung (pemikul) Arsy dan Kursi.
16. Pada malam keenam belas, Allah SWT tetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam Surga.
17. Pada malam ketujuh belas, Allah SWT berikan padanya pahala seperti pahala para Nabi.
18. Pada malam kedelapan belas, seorang malaikat berseru, “Hai hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT ridha kepadamu dan kepada ibu bapakmu.”
19. Pada malam kesembilan belas, Allah SWT mengangkat derajat-derajatnya dalam Surga Firdaus.
20. Pada malam kedua puluh, Allah SWT memberikannya pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan shalihin (orang-orang yang saleh).
21. Pada malam kedua puluh satu, Allah SWT membangunkan untuknya sebuah gedung dari cahaya.
22. Pada malam kedua puluh dua, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.
23. Pada malam kedua puluh tiga, Allah SWT membangunkan untuknya sebuah kota di dalam surga.
24. Pada malam kedua puluh empat, ia memperoleh 24 (duapuluh empat) doa yang dikabulkan.
25. Pada malam kedua puluh lima, Allah SWT membebaskannya dari azab kubur.
26. Pada malam keduapuluh enam, Allah SWT mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
27. Pada malam keduapuluh tujuh, ia dapat melewati Shiroth pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
28. Pada malam keduapuluh delapan, Allah SWT mengangkat baginya 1000 (seribu) derajat dalam surga.
29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah SWT memberinya pahala 1000 (seribu) haji yang diterima.
30. Dan pada malam ketiga puluh, ALLAH SWT berfirman : “Hai hamba-Ku, makanlah buah-buahan surga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku.”

DARI APA YANG DI YANG TERJUMPA DALAM INTERNET MENYATAKAN HADIS GANJARAN INI ADALAH PALSU..NAMUN BAGI SAYA BETUL ATAU TIDAK BUKAN PERSOALAN..KERANA APABILA KITA BUAT KEBAIKAN SEPERTI MENUNAIKAN SOLAT TERAWIKH INI..SUDAH TENTU KITA DIBERI GANJARAN PAHALA DARI YANG MAHA ESA WALAUPUN IA TISAK SEPERTI YANG TERSENARAI DIATAS...

sumber http://tazaemjayy.blogspot.com/2014/07/pahala-shalat-tarawih-dari-malam.html

22 Mac 2015

PERKARA SUNAT DAN CARA JIMAK DALAM ISLAM

Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Persetubuhan @ jima’ (SUMBER )
1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.”
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.
Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.
4. Beramah Mesra
Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.
Adab Melakukan Persetubuhan
- Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;
- Sedang sakit yang memudaratkan
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.
BACA PENUH DISINI

26 Disember 2014

TAKUT TANGGUNG DOSA RAKAN

Saya belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi dan dikelilingi suasana kampus cukup damai. Situasi kampus juga agak terhindar daripada masalah sosial kerana kami lebih menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun di sebalik itu, ada juga yang bermasalah. Masalah saya ialah seorang kawan di universiti yang suka berkongsi ceritanya kepada saya. Dia suka bercerita mengenai kekasihnya. Pernah sekali dia cerita, mereka keluar bersama-sama dan lelaki itu memimpin tangannya. Pada awalnya terkejut juga saya apatah lagi dia seperti tidak ada rasa bersalah dengan keadaan itu. Mereka semakin kerap keluar bersama dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran. Apa yang tambah merunsingkan ialah lelaki itu semakin berani menyentuhnya. Seperti mana yang kawan perempuan saya ceritakan, lelaki itu mencuit dagu dan pipinya. Saya tidak tahu bagaimana hendak menasihati. Saya rasa diri saya turut menanggung dosa kerana tidak mencegah tapi saya tidak berdaya.

BACA LAGI

14 Disember 2014

ISTERI LAYAN BEKAS KEKASIH

Apakah hukum seorang isteri berbalas SMS/Whatsapp dan bertukar-tukar gambar dengan suami orang yang juga bekas rakan sekolah, ketika di belakang suami? Jika suami berdekatan, isteri akan berbalas SMS secara sembunyi. Suami tahu dan melarang isteri berbuat demikian tetapi supaya menyenangkan hati suami, si isteri menyatakan tidak lagi berhubungan sedangkan mereka masih berhubungan. Lebih teruk, suami orang itu menelefon isteri pada jam 2 pagi di depan suami hingga berlaku pertengkaran. BACA LAGI

24 Ogos 2014

Rahsia Kejahatan Yahudi Yang Telah Dinyatakan di DLM Al Quran

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah sebagai berikut:


  1. Menuduh Nabi Musa mempunyia penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
  2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
  3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah secara langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
  4. Mengubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan seraya bersujud dan mengucapkan hithah, iaitu memohon keampunan. Tetapi mereka mengganti perintah itu dengan cara melata di atas anusnya dan mengatakan hinthah, iaitu sebutir biji di rambut. (QS. 2:58-59
  5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka ketika mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
  6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
  7. Memutar-mutar lidahnya untuk menyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
  8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
  9. Menyembah patung sapi saat ditinggal Nabi Musa yang pergi mengambil Taurat. (QS.2: 51 dan 92)
  10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
  11. Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
  12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)


Di samping itu, sosok nabi yang seharusnya dijadikan suri tauladan, sebaliknya didustakankan. Nabi Ibrahim dalam Kejadian 12:10-16 dan 20:1-14, dikisahkan sebagai orang yang hina, menjijikkan dan rakus harta benda. Beliau dituduh menjual isterinya yang cantik demi meraih keuntungan. Kitab suci mereka tidak pernah menceritakan beliau sebagai Nabi pemberani yang menghancurkan patung meskipun harus dilemparkan ke dalam api, menyeru ayah dan kaumnya meninggalkan kemusyrikan.

Kisah memilukan juga menimpa Nabi Luth. Dalam Kejadian 19:30-38, beliau dikisahkan menzinahi kedua anaknya dalam keadaan mabuk.

Islam adalah musuh kekal bagi Yahudi dan Nasrani. Sebab Islam adalah satu-satunya agama yang kitab sucinya membongkar secara langsung kesalahan dua agama itu. Ibarat seorang adik, ia berani membongkar kejahatan kedua kakaknya. Oleh sebab itu, kedengkian mereka tidak akan padam dan masih wujud dalam kajian-kajian mereka.

Contoh kedengkian intelektual ini seperti dakwaan bahawa Al-Quran banyak dipengaruhi kosa kata Ibrani, seperti diungkapkan Adnin Armas dalam bukunya Metodologi Bibel dalam Kajian Al-Quran. Dakwaan ini dicetuskan oleh Abraham Geiger (1810-1874), seorang rabi dan pendiri Yahudi Liberal di Jerman dalam karyanya, Apa yang telah Muhammad pinjam dari Yahudi?




Jauh sebelumnya, Imam Syafi’i telah menolak dakwaan seperti itu dan menguatkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sebab semua lafaz dalam Al-Quran mustahil tidak difahami oleh semua orang Arab, meskipun sebahagian lafaz itu ada yang tidak dimengerti oleh sebahagian orang Arab. Hal ini mengingat bahawa luasnya samudera bahasa Arab, bukan kerana kata itu tidak berasal dari bahasa Arab. Kerana kata-kata yang dituduhkan asing itu telah menjadi bahasa Arab, dikenal dan telah digunakan oleh masyarakat Arab sebelum turunnya Al-Quran.
SUMBER http://infosahih.blogspot.com/2014/08/rahsia-kejahatan-yahudi-yang-telah.html

14 Ogos 2014

GAJI SUAMI TIDAK CUKUP SARA KELUARGA

Saya sudah setahun berumah tangga dan dikurniakan seorang anak. Saya kakitangan swasta dan suami juga bekerja. Kami tinggal serumah dengan ibu saya. Semua perbelanjaan rumah, makan minum dan bil berkaitan ditanggung ibu saya.
Walaupun saya kasihan tetapi suami saya tidak mampu membayar kerana banyak berhutang sebelum berkahwin.

Masalahnya, saya yang kerap membeli susu anak berbanding suami. Pokoknya, gaji suami hanya digunakan untuk keperluan kerjanya.

Jika dia belanja kami makan, belum tiba hujung bulan dia akan pinjam duit saya atau ibu saya. Disebabkan terlalu kerap pinj BACA LAGI

13 Ogos 2014

BOLEHKAH GUNA MINYAK PENGASIH ?

Apakah hukum penggunaan minyak pengasih berunsurkan ayat al-Quran serta zikir untuk menambat hati, mengeratkan kasih sayang serta rasa cinta seseorang kepada kita?
Saya menyayangi seorang wanita berstatus janda. Saya ikhlas menerima dia seadanya, cuma dia belum menyintai saya. Kehidupannya sebagai model agak sosial tetapi saya cuba membimbingnya, malah dia juga ingin mempelajari agama.

Saya akui tidak terlalu arif dalam soal agama tetapi boleh memberi tunjuk ajar setakat termampu. Ini berikutan saya tidak mahu orang lain me­ngambil kesempatan terhadapnya. BACA LAGI

1 Ogos 2014

hukum selfie di kubur

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
 
BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

22 Julai 2014

bolehkah suami isteri mandi wajib bersama


Soalan : Bolehkah Pasangan Suami Isteri Mandi Junub Bersama?
As salamulaikum...minta maaf saya ingin bertanya, bolehkah suami dan isteri mandi bersama selepas berjimak?..
saya tak tau pasal nih, suami saya kata tak boleh sebab nak sucikan diri dan nanti mandi hadas tu tak sah sebab bersentuhan...mohon pendapat.....terima kasih...
Soalan dari facebook IKRAM.

Jawapan oleh:
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Assalamualaikum.
Terima kasih kepada puan yang bertanya.
Pertama kita perlu melihat syarat sah mandi wajib atau mandi junub ialah niat dan meratakan air keseluruh badan. Tidak disyaratkan tiada bersentuhan dengan orang lain. Maka jelas bersentuhan ketika mandi junub bukanlah satu larangan syara’. Bahkan Rasulullah juga bersentuhan dengan isterinya ketika mandi bersama.
Sayugia diketahui bahawa mandi-manda bersama suami isteri adalah merupakan amalan Rasulullah bersama isteri-isterinya ‘Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A. Tidak terhenti kepada mandi biasa, bahkan mereka pernah mandi junub bersama.
Terdapat berbagai riwayat berkaitan peristiwa ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indahnya kehidupan Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah menceritakan, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah mesranya Rasulullah SAW.
Selain itu, sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda, dan berseronok. Rasulullah saw sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Diharap persolan puan telah terjawab. WALLAHU ‘A’LAM. - ikram
 
link : http://cilokblog.blogspot.com/2014/07/bolehkah-suami-isteri-mandi-junub.html

12 Julai 2014

40 hari tanda awal kematian kita

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

sumber : http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html

14 Jun 2014

TAK PERLU ULANGI MANDI WAJIB JIKA ...

Mohon penjelasan, saya ada sedikit kekeliruan bagaimana selepas mandi wajib, tetapi masih ada terkeluar air mani walaupun tiada teransang? Adakah perlu kita mandi wajib lagi sekali?
Contoh jika bersetubuh dengan isteri pada Subuh hari dan terus mandi untuk solat Subuh dan semasa solat masih ada sisa air mani keluar daripada kemaluan (tiada rangsangan)? Terima kasih BACA LAGI

13 Jun 2014

5 WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

12 Jun 2014

KADAR ZAKAT FITRAH 2014 + SELURUH MALAYSIA

NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014 (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00*
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00
*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

10 Jun 2014

jadual lengkap waktu berbuka dan imsak seluruh malaysia 2014

 jadual waktu berbuka dan imsak seluruh perlis
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kedah
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh p.pinang
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh perak
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kuala lumpur
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh selangor
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh pahang
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kelantan
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh terangganu
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh johor
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh melaka
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh n. sembilan
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh sabah
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh sarawak
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh putrajaya




lihat disini

SUDU

Arkib Blog