TANDA-TANDA LAILATUL QADAR.
Tanda-tanda lailatul qadar menurut adat melayu seperti pokok sujud dan sebagainya, ia mungkin hanyalah cerita dongeng dan ianya tidak pernah wujud dari ajaran agama.
Kita hanya mengambil ilmu tentang lailatul qadar dan berpegang kepada hadis-hadis Nabi SAW, antaranya:
1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk.
Ertinya: "Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar." (riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap shahih Ibnu Khuzaimah)
2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: "Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar." (riwayat Muslim, Nombor. 1762)
Walaubagaimanapun, perkara-perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ianya tidak akan menjadi. Kita juga tidak mahu mencarinya di siang hari, sedangkan pada malam sebelumnya kita isikan dengan tidur.
Itu semua bukan yang terpenting, ianya hanyalah tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu semangat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Yang pentingnya adalah menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Wallahu-A’lam.