[Alert Sahur] Pengambilan makanan manis yang banyak ketika sahur akan menyebabkan anda lemah di tengah hari.
Elakkan pengambilan makanan yang terlampau manis dalam kuantiti yang banyak ketika anda bersahur.
Jika tidak anda akan mengalami simptom hypoglycemia(kekurangan gula dalam darah) pada waktu tengah hari ke petang.
Simptom hypoglycemia adalah
๐ Tangan menggeletar
๐ Jantung berdebar laju
๐ Badan menjadi letih
๐ Otak menjadi lembab
๐ Rasa lapar sangat
Ini disebabkan makanan yang terlalu manis mempunyai gula ringkas yang sangat tinggi dan mudah diserap oleh usus. Apabila ia diserap, ia akan menyebabkan gula menjadi tinggi secara tiba-tiba dalam darah dan ini akan menyebabkan pankreas menghasilkan insulin pada kuantiti yang tinggi untuk mengurangkan gula dalam darah.
Disebabkan gula ringkas ini mudah diserap oleh usus, maka ia akan cepat habis diserap oleh usus. Insulin yang tinggi tadi akan menyebabkan bacaan gula jatuh dengan banyak hingga menyebabkan simptom-simptom hypoglycemia.
Walaupunbegitu selalunya bacaan gula akan normal ia disebabkan sistem badan yang akan cuba menghasilkan gula daripada simpanan dalam hati. Simptom tersebut terhasil mungkin disebabkan hormon norepinephrine yang terhasil dan berfungsi untuk mengekalkan bacaan gula dalam darah.
๐ฉSaranan bagi mereka yang sahur
Bagi umat islam yang bersahur, anda disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai gula kompleks.
๐ฉKenapa perlu ambil makanan yang ada gula kompleks?
Sebab makanan yang mempunyai gula kompleks akan diserap dengan lambat. Dalam erti kata lain, gula dalam usus itu akan diserap sedikit demi sedikit dan ini akan memberikan tenaga kepada anda pada seluruh waktu ketika anda berpuasa.
๐ฉContoh makanan yang mempunyai gula kompleks
๐ Oat
๐ Nasi
๐ Mee
๐ Roti yang berserat(Whole grain)
๐ฉKesimpulan
Elakkan makanan yang terlalu manis ketika sahur. Kalau nak ambil pun dalam kuantiti yang sedikit. Kemudian, pilihlah makanan yang mempunyai gula kompleks supaya ia dapat memberikan bekalan tenaga sepanjang hari.
Kalau tengahari nanti tangan dah menggeletar dan lapar, mungkin sebab anda ambil makanan yang terlampau manis waktu sahur