D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

3 Jun 2017

resdong zakar awas

SAYA mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak sewaktu teruja atau dikenali sebagai resdung zakar. Adakah selamat bagi isteri saya yang menghisap dan menelan air mazi berkenaan?


INGIN TAHU
Muar, Johor

Air mazi yang keluar membasahi mukosa salur kencing mengurangkan keasidan cecair dalam ruang salur kencing dan membersihkan saluran itu daripada kuman dan bekas kencing.

Air mazi itu juga boleh digunakan untuk melicinkan penghujung alat sulit lelaki supaya mudah dimasukkan ke dalam pembukaan kelamin pasangannya.

Jika air mazi berlebihan, ia boleh membuatkan keadaan yang kurang selesa kepada pasangan kerana akan membuatkan corong alat sulit wanita tersangat lembap dan hubungan tidak seronok kerana keadaan ‘becak’.

Bagi lelaki pula, pengeluaran air mazi yang banyak seolah-olah menggambarkan dia hilang perasaan teruja sebelum sempat klimaks kerana dia akan dapati apabila air mazi keluar dengan banyak, tahap kekerasan ereksinya mula menurun!

Bagi sesetengah budaya (seperti di Bangladesh dan Pakistan) pengeluaran air mazi yang banyak menggambarkan ereksi yang lemah dan lelaki yang mengalami perkara itu rasa tertekan kerana takut pasangannya tidak puas! Dalam pandangan Islam, air mazi itu najis dan menelan air mazi itu hukumnya menelan najis!

Jadi jika anda masih amalkan seks oral bersama pasangan, anda boleh gunakan kondom kering membalut ereksi. Cara ini dapat mengelak isteri tertelan air mazi dan terhindar daripada terkena jangkitan jika secara kebetulan wujud kuman dalam air mazi anda.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog