D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

27 Februari 2017

petaling jaya - suami liwat isteri

APA hukumnya jika suami ingin meliwat isteri dengan alasan hubungan halal dan dia berhak melakukan apa saja kepada isteri demi menambah keintiman.


Apa pula hukumnya jika isteri menolak, adakah isteri berdosa kerana tidak mahu mengikut kehendak suami hinggakan suami bermasam muka. Apakah yang perlu isteri lakukan?


NANA

Petaling Jaya



Bagi suami isteri, hubungan kelamin dihalalkan dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan keintiman kecuali meliwat isteri, yakni mendatangi melalui dubur atau menjimak isteri ketika haid.



Selain dua perkara ini, suami boleh mendatangi isteri seperti mana disukai.

Isteri berhak menolak kehendak suami yang bertentangan dengan syariah.


Ia tidak salah berdasarkan hadis yang mengatakan: “Tidak ada ketaatan pada perkara yang mendatangkan maksiat kepada Allah al-Khaliq.”


Nasihatkan suami supaya mencari yang halal. Banyak lagi aksi halal boleh mendatangkan keintiman tanpa perlu melanggar larangan Allah.


sumber : http://www.hmetro.com.my

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog