KUALA LUMPUR - Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran
dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang
mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi
Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih
teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara
konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan
November hingga Mac. BACA LAGI