D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Ogos 2014

Tak tahu maksud onani

Saya wanita berusia 20 tahun dan masih bujang. Saya bertanya untuk menambah pengetahuan kerana saya kurang memahami perkara berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan onani dan kesannya.

2. Saya kerap mengalami pengeluaran cecair jernih dari faraj dan kadang-kadang keputihan setiap kali sebelum haid. Adakah keadaan ini normal? Adakah itu menandakan wanita itu subur?

3. Adakah air mani hanya akan keluar melalui persetubuhan? Adakah akan terasa seperti terdapat getaran pada bawah perut? Bolehkah ia keluar disebabkan faktor lain contohnya melalui sentuhan ketika mencuci selepas membuang air kecil?

4. Saya kerap menukar seluar dan menggunakan pantyliner kerana sering keluar cecair lendir, licin dengan warna kadang-kadang jernih dan putih. Saya sangat tidak selesa jadi saya membersihkan bahagian terbabit dengan sabun hingga hilang rasa lendir. Kemudian saya gunakan tisu untuk mengeringkan bahagian itu. Adakah cara ini betul? Saya keliru dan ragu-ragu jika cecair yang keluar itu air mani. Harap doktor dapat memberi penjelasan.


RIN

Menambah ilmu pengetahuan memang digalakkan, tetapi lebih elok jika kita memastikan ilmu yang lebih perlu ada pada kita semasa itu dipenuhi dahulu sebelum mengambil tahu mengenai ilmu yang kita tidak sepatutnya amalkan.

Persoalan yang diajukan dengan tujuan menambah ilmu, tetapi tiada kaitan dengan amalan hidup kita lazimnya bersifat secara umum sahaja dan tidaklah mengharapkan jawapan yang mendalam. Peringatan ini diberi ke atas persoalan sensitif bagi masyarakat kita, lebih-lebih lagi apabila ia ditegah oleh agama.

Onani adalah perbuatan memuaskan diri secara seksual. Ia dilakukan dengan berbagai cara, sama ada menggunakan anggota sendiri ataupun alatan lain. Orang yang melakukan onani mengharapkan kesan kepuasan seksual. Dari sudut perubatan, ia boleh mendatangkan kesan kepada kepekaan saraf pada bahagian berkenaan selain kesan ketagihan sehingga memerlukan bantuan pakar psikiatri.

Air mani pula lebih merujuk kepada cecair mani yang dikeluarkan oleh lelaki sewaktu ejakulasi apabila mengalami kemuncak seksual. Tidak semestinya ia keluar sewaktu persetubuhan sahaja. Anda mungkin merujuk kepada orgasma yang turut dialami oleh wanita. Ia boleh berlaku sama ada secara hubungan seks penetratif, aktiviti seks bukan penetratif (termasuk onani), sentuhan, malah secara imaginasi seksual.

Pengeluaran cecair dari faraj boleh disebabkan keadaan semulajadi/fisiologi dalam kitaran haid. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman, sama ada kuman dari permukaan kulit kemaluan, jari atau apa yang menyentuh kawasan berhampiran kemaluan, hubungan seksual sama ada seksual penetratif dan oral dan lain-lain.

Membersihkan kemaluan memadai menggunakan air paip sahaja. Sekiranya dikhuatiri ada jangkitan, membersihkan menggunakan air bercampur sedikit garam masakan dapat membantu. Walau bagaimanapun, perbuatan mencuci itu sendiri boleh menjurus kepada jangkitan kuman terutama apabila sentiasa menggunakan tangan/jari kerana anggota badan kita bukan bebas kuman sepenuhnya.  sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Taktahumaksudonani/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog