KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang pelajar sebuah institut kemahiran
cedera parah di bahagian kepala dan badan serta pengsan selama lima jam
selepas mendakwa dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh sekumpulan pelajar
seniornya ketika bermain futsal di padang institut itu di Kampung
Pandan, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Hedzir,18, bersama beberapa rakan sepengajiannya terlibat dalam perlawanan futsal dengan pelajar senior namun berlaku perselisihan faham ketika berebut bola sebelum dia dibelasah.