LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2

Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha Wirausaha
Home » » SIAPA SEBENAR PROF IZZI

SIAPA SEBENAR PROF IZZI

Biodata Profesor Izzi



Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof. Izzi cukup dikenali dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal' di radio swasta Hot FM.

Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali adalah anak kelahiran Kuala Terengganu lebih 40 tahun yang lalu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (Sekolah Rendah Tengku Bariah) Kuala Terengganu. Beliau telah menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu. Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sains Terengganu (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud) Kuala Terengganu.

Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya di Humboldt State University, California. Di universiti tersebut beliau diamanahkan untuk menerajui Persatuan Pelajar Malaysia. Sejurus selepas menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana di California State University, Fresno, California.

Di universiti ini, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia. Selepas menamatkan pelajaran di luar negara, beliau mengambil Diploma Ijazah Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Selepas tamat pengajian, beliau mula berkhidmat dengan Universiti Teknologi Mara semenjak tahun 1989 sehingga kini. Di UiTM beliau pernah di lantik sebagai Koordinator Pengajian Jarak Jauh, Penyelaras Program Bimbingan Belajar dan Ahli Jawatankuasa Kualiti. Beliau menerima anugerah khidmat cemerlang UiTM pada tahun 1994 dan 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya pada Julai 2001. Pada tahun 2001, 2003 dan 2004 beliau menerima anugerah Pengajaran Contoh UiTM Terengganu.



Dalam pengucapan awam, beliau mula melibatkan diri secara aktif semenjak tahun 1993. Beliau biasa melibatkan diri dalam memberi ceramah dan kursus dalam bidang motivasi, pengucapan awam, pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi, kemahiran belajar dan keibubapaan. Beliau pernah menjadi tetamu jemputan untuk beberapa rancangan di radio, TV1, TV3 dan ASTRO. Di antara rancangan radio yang pernah disertai adalah Fikir-fikirkan, Fikrah, Pendidikan, Cabaran dan lain-lain lagi. Beberapa rancangan TV yang pernah disertai pula adalah Kuliah Subuh (TV3), Petua (TV3), Bincang Petang (TV3), Selamat Pagi Malaysia (TV1), Inspirasi Pagi (TV1), Malam Ini Linda (ASTRO) dan lain-lain lagi.

Beliau juga merakamkan beberapa kaset dan cakera padat video berbentuk motivasi dan juga sudah menghasilkan beberapa buah buku. Beliau berpengalaman memberikan ceramah motivasi dalam bidang-bidang seperti yang dinyatakan di atas di pelbagai peringkat sekolah sehingga ke peringkat korporat dan sektor awam di seluruh negara.

Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Informis Sdn Bhd., Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Biro Tata Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/biodata-profesor-madya-md-izuddin-ali.html#ixzz2yynD1IyG
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger