Seorang remaja dari Indonesia, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang
mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia
mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam
dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Perbicaraan itu
diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan
beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.
Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap
selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut
beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah
hospital tempatan.
Sementara itu,
seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa
jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka.
SUMBER : http://www.malaysiasensasi.net/2013/12/remaja-indonesia-rogol-300-ayam.html