D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Julai 2012

Lin Tak Berak 9 Hari

                                             gambar sekadar hiasan...haha


APAKAH rawatan untuk pesakit yang mengalami kesukaran hendak membuang air besar, usus sempit dan risiko mengambil pil pelawas (pil kurus)?
Saya seorang wanita berumur 38 tahun. Masalah saya sejak melahirkan anak yang keempat lapan tahun lalu adalah kesukaran membuang air besar hingga adakalanya membuatkan saya sembelit.

Paling lama saya tidak membuang air besar selama tujuh hingga sembilan hari sehingga saya mengalami pening kepala, loya dan perut senak. Malah saya terpaksa mengambil pil kurus hanya untuk melawaskan masalah buang air besar.

Saya sudah beberapa kali ke klinik tetapi ubat (cecair jernih) yang diberikan tidak berkesan. Nasihat doktor supaya banyak�kan minum air dan makan makanan seimbang juga sudah saya ikuti tetapi tidak berhasil. Saya juga cuba makan betik dengan banyak setiap hari selama seminggu tetapi gagal.


Untuk pengetahuan doktor, keturunan saya ada mengalami sakit barah usus dan ini membuatkan saya takut. Saya ada bertanya soalan kepada doktor di klinik yang pernah saya kunjungi, ada yang mengatakan mungkin usus saya sempit. Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Apakah rawatan terbaik untuk mencegahnya daripada merebak dengan lebih teruk?

LIN,
Shah Alam Selangor



KESUKARAN membuang air besar sering dikaitkan dengan kurang meminum air dan mengambil makanan berserat (buah-buahan dan sayur-sayuran).

Lazimnya keinginan membuang air besar dirasai setelah makan. Anda mungkin perlu meluangkan lebih masa seperti melatih anak kecil membuang air besar. Meminum lapan hingga 10 gelas air setiap hari, mengelakkan meminum teh serta membiasakan

diri ke tandas sejurus terasa ingin membuang air besar dapat membantu. Jika diabaikan keinginan awal itu (lazimnya kerana sibuk di tempat kerja ataupun ingin menangguhkannya), ia boleh menyebabkan tanda ingin membuang air besar terbantut.

Pada masa sama, anda juga boleh menjalani pemeriksaan usus oleh doktor pakar pembedahan am contohnya menjalani pemeriksaan kolonoskopi.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sembilanharitakbuangairbesar/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog